

SIMUNJAN: Trend air di kawasan berisiko banjir di Kampung Lot Hijrah, di sini dilaporkan semakin surut, menurut Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan selepas melakukan rondaan pagi tadi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Wan Hossein Wan Zain berkata, rondaan dilakukan oleh lapan anggota menggunakan sebuah jentera LFRT Atego bagi memantau keadaan semasa Monsun Timur Laut (MTL).
“Sepanjang rondaan, kami mendapati trend air semakin surut. Cuaca ketika pemantauan adalah mendung dan tiada insiden kecemasan dilaporkan,” katanya.
Beliau menasihatkan penduduk di kawasan berisiko banjir agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa paras air sungai melalui pihak berkuasa tempatan.