Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kawal harga santan, bawang merah, lobak
  • NASIONAL

Kawal harga santan, bawang merah, lobak

Utusan Sarawak 2 months ago
KEPERLUAN HARIAN… Orang ramai membeli barangan di bawah harga syiling pada pelaksanaan SHMMP sempena Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 di sebuah pasaraya di Kuala Nerus. -Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Aidilfitri 2025 melibatkan 26 barangan­ akan dilaksanakan selama 15 hari bermula 24 Mac hingga 7 April kelak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memberitahu, empat barangan ditambah dalam skim berkenaan tahun ini iaitu bawang merah kecil India, bawang merah kecil India (ros), lobak merah dan santan.

“Kita perlu juga masukkan santan dalam program skim harga ini kerana kita khuatir walaupun bekalan agak stabil, menjelang Syawal nanti akan berlaku peningkatan harga. 

“Jadi, mahu tidak mahu kita rundingkan dan Alhamdulillah pihak yang berkaitan akhirnya bersetuju supaya santan dimasukkan dalam skim ini,” katanya pada sidang media pengumuman SHMMP sempena Aidilfitri 2025 hari ini.

Harga maksimum runcit bagi santan yang sebelum ini RM22 sekilogram, kini akan dikawal pada RM17.50 sekilogram di Semenanjung, Labuan (RM15), Sabah (RM12) dan Sarawak (RM9).

Beliau berkata, barangan lain di bawah skim itu ialah daging lembu tempatan kecuali daging batang pinang, daging lembu import, daging kerbau import, ikan kembung, ikan selayang, ikan tongkol dan ikan demuduk.

Barangan lain termasuk tomato, cili merah, kubis bulat import, kacang panjang, timun, sawi hijau, halia tua import, bawang besar merah import, bawang besar kuning, bawang putih China, bawang kecil merah India, ubi kentang import, cili kering keriting, kacang tanah, kelapa biji dan kelapa parut.

“Tahun lepas kita menghadapi masalah pembekalan yang amat besar apabila antaranya India melaksanakan sekatan eksport. Alhamdulillah, dua jenis bawang ini dapat dimasukkan untuk skim SHMMP Aidilfitri 2025,” katanya.

Pelaksanaan SHMMP sempena Aidilfitri tahun ini adalah bersesuaian bagi menjamin suatu tempoh yang wajar dan mewujudkan situasi menang-menang kepada pengguna dan komuniti peniaga. 

Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama.

Beliau memberitahu, penguatkuasaan harga kawalan itu akan dipantau oleh Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang ditugaskan bagi melakukan pemantauan di pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah untuk memastikan peniaga mematuhi peraturan ditetapkan.

Mana-mana peniaga yang didapati gagal mematuhi skim itu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Ismail Sabri sambung beri keterangan di SPRM
Next: Ismail Sabri beri keterangan enam jam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.