Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kawad operasi buih perkukuh kesiapsiagaan anggota BBP Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

Kawad operasi buih perkukuh kesiapsiagaan anggota BBP Bintangor

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANGGOTA bomba fokus menjalankan latihan kawad operasi buih. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Tahap kesiapsiagaan anggota bomba terus diperkukuh apabila Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor melaksanakan kawad operasi buih dalam satu latihan operasi yang diadakan pada pagi tadi.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata latihan tersebut merupakan antara langkah berterusan bagi memastikan anggota bomba sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan.

“Latihan yang dijalankan sekitar 9.30 pagi ini diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Herman Basa dan disertai oleh lima orang anggota bomba.

“Latihan ini memberi penekanan kepada penggunaan peralatan pemadaman kebakaran iaitu nozel FMD F225i yang digunakan dalam operasi melibatkan bahan mudah terbakar,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, latihan tersebut amat penting bagi memastikan anggota bomba sentiasa bersedia dan mahir menggunakan peralatan operasi termasuk nozel FMD F225i.

“Penguasaan teknik penggunaan peralatan ini mampu meningkatkan kecekapan dan keselamatan anggota bomba ketika menjalankan operasi sebenar.

“Latihan tersebut turut membantu meningkatkan tahap koordinasi serta kerjasama dalam kalangan anggota bomba,” katanya.

Tambahnya, kesiapsiagaan anggota bomba bukan sahaja bergantung kepada pengalaman di lapangan, malah perlu diperkukuhkan melalui latihan yang berterusan dan sistematik.

“Ia juga memberi peluang kepada anggota bomba untuk memahami dengan lebih mendalam fungsi dan keberkesanan penggunaan buih dalam operasi pemadaman kebakaran,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 23 barangan harga terkawal sempena Aidilfitri di Sibu
Next: SKAS 2026 manfaatkan 15,047 penerima di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.