Kaunter kutipan cukai Majlis Daerah Luar Bandar Sibu buka, esok

Facebook
WhatsApp
MAJLIS Daerah Luar Bandar Sibu  membuka kaunter kutipan cukai di Perpustakaan Awam Sibu Jaya, esok.

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) akan membuka kaunter kutipan cukai di Perpustakaan Awam Sibu Jaya, esok.

MDLBS dalam kenyataannya berkata, kaunter tersebut akan dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

“Antara perkhidmatan yang disediakan ialah pembayaran bil cukai taksiran, pengemaskinian status pegangan dan pertukaran nama atau alamat,” katanya. 

Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput untuk menyertai program tersebut.