Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kaunter khidmat pelanggan SKAS dibanjiri sekitar 11,000 penduduk
  • Utara
  • WILAYAH

Kaunter khidmat pelanggan SKAS dibanjiri sekitar 11,000 penduduk

Utusan Sarawak 4 months ago
BUKA MATA… Hasbi melakukan acara pembukaan mata singa sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada penghujung bulan ini. 

LIMBANG: Pembukaan kaunter khidmat pelanggan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Daerah Limbang dan Lawas mendapat sambutan luar biasa dengan  sasaran kehadiran  lebih 11,000 penduduk di  kedua-dua daerah itu.

Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi berkata, kaunter yang dibuka sejak Jumaat lepas hingga semalam dibanjiri penduduk bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Katanya, ia diadakan untuk membantu penduduk memahami prosedur dan kelayakan berkaitan SKAS.

“Untuk kaunter  SKAS di Limbang mendapat smabutan ramai dan  berjaya. Masih ada penduduk  yang datang 5.45 petang pada pembukaan kaunter itu tiga hari berturut-turut dan berakhir Isnin (semalam).

“Kita sasarkan penduduk di Lawas dan Limbang yang datang pada program itu melebihi 11,000 orang,” katanya ketika ditemui media pada program acara Pembukaan Mata Singa anjuran Persatuan Hokkien Limbang, hari ini.

Hadir memeriahkan program ini ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah dan Pengerusi Persatuan Hokkien Limbang Teo Ho Hin.

Yunus turut meminta penduduk yang tidak layak mendapat SKAS untuk membuat rayuan bermula 1  Februari ini nanti.

Pembukaan kaunter khidmat pelanggan SKAS Daerah Limbang pada 18 hingga 20 Januari di Gelanggang Petanque Dewan Suarah Limbang sementara itu, bagi Daerah Lawas hari ini, 21 Januari hingga Khamis ini, 23 Januari di Arena Lawas.

Program ini merupakan inisiatif bersama Pejabat Daerah Limbang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memudahkan urusan permohonan, pendaftaran, serta memberi pencerahan kepada penduduk mengenai isu-isu yang mereka hadapi.

Bagi pemohon yang belum memiliki akaun Sarawak ID, kaunter khas disediakan untuk membantu mereka mendaftar.

Selain itu, mereka yang sudah layak dan mempunyai akaun boleh membuat pendaftaran terus di kaunter S Pay.

Bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang dikenal pasti sepanjang berlangsungnya operasi di kaunter ini. Antaranya, pemohon yang tidak mempunyai akaun Sarawak ID, masalah pengecaman wajah, kehilangan kata laluan, dan ketidaksesuaian maklumat seperti nombor telefon yang tidak sepadan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 15 individu sertai program anjuran Perpustakaan Awam BDA
Next: 17 pelajar Ijazah Sarjana Muda Kimia Perindustrian lawat Loji MDS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.