Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kaunter JPJ Bergerak beroperasi di UTC esok
  • Selatan
  • WILAYAH

Kaunter JPJ Bergerak beroperasi di UTC esok

Utusan Sarawak 4 hours ago
KAUNTER JPJ Bergerak beroperasi di UTC pada esok hari dari 10.00 pagi hingga 3.00 petang, menawarkan pelbagai perkhidmatan terpilih kepada orang ramai.

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyediakan Perkhidmatan Kaunter JPJ Bergerak di UTC esok, bermula 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

Menurut makluman rasmi JPJ, pelbagai perkhidmatan ditawarkan bagi memudahkan urusan orang ramai, termasuk pembaharuan Lesen Memandu (CDL/PDL), pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM), semakan senarai hitam/saman, pembayaran saman, serta pemeriksaan PG.10 bagi motosikal yang telah tamat tempoh LKM/roadtax melebihi tiga tahun.

JPJ turut memaklumkan bahawa semua transaksi hanya diterima melalui pembayaran kad debit atau kad kredit.

Orang ramai dinasihatkan merancang kehadiran lebih awal bagi melancarkan urusan serta mematuhi segala arahan yang ditetapkan.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Pusat Komuniti baharu bernilai RM100,000 bakal dibina di Rumah Edmund Kumbong Sungai Ruan
Next: Sembilan tahun menyemai cinta, Aziq Azizi dan Nurul Farhana disatukan dalam resepsi meriah di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.