Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kaunter Bergerak SUPP mudahkan urusan komuniti di Joy Food Court
  • WILAYAH

Kaunter Bergerak SUPP mudahkan urusan komuniti di Joy Food Court

Utusan Sarawak 8 hours ago
MENDEKATI RAKYAT… Lau (empat kiri) bersama pasukan Perkhidmatan Bergerak SUPP Bawang Assan mendekati rakyat di peringkat akar umbi.

SIBU: Pasukan Perkhidmatan Bergerak Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan hari ini membuka kaunter perkhidmatannya di Joy Food Court dengan menawarkan pelbagai kemudahan perkhidmatan awam kepada orang ramai.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah permohonan Kad Kenyalang Emas (KGC), Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB) bantuan kebajikan, serta bantuan menyelesaikan pelbagai isu berkaitan komuniti.

Program tersebut diketuai oleh Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Kaunselor, Kevin Lau Kor Jie, bersama beberapa pemimpin masyarakat. 

Inisiatif itu mendapat sambutan menggalakkan apabila ramai penduduk hadir untuk mendapatkan maklumat dan bantuan.

Menurut Lau, tujuan perkhidmatan bergerak itu adalah bagi memudahkan penduduk menguruskan urusan berkaitan kerajaan di samping mengurangkan kesukaran yang dihadapi golongan warga emas serta mereka yang mempunyai masalah pergerakan.

“Ramai penduduk menghadapi kekangan komunikasi atau pergerakan. Dengan membawa perkhidmatan ini terus kepada masyarakat, kita memastikan semua orang terutamanya warga emas dapat menikmati manfaat dan bantuan yang sepatutnya mereka terima,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan perkhidmatannya atas komitmen dan kerjasama mereka, serta kepada pemilik Joy Food Court yang sentiasa bermurah hati menyediakan lokasi tersebut secara berkala bagi membolehkan pasukan menjalankan aktiviti kebajikan untuk manfaat penduduk tempatan.

Lau menggalakkan warga emas supaya mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga yang lebih muda untuk mendaftar SarawakPass dan memuat turun aplikasi mudah alih Sarawak Pay di telefon mereka. 

“Langkah itu akan memudahkan mereka membuat permohonan dalam talian bagi KGC serta program kebajikan akan datang,” jelasnya.

Beliau memberitahu, kaedah digital seperti ini akan meningkatkan lagi kemudahan dan kecekapan pelaksanaan pelbagai skim kebajikan.

Lau turut mengingatkan orang ramai bahawa kerajaan Sarawak baru-baru ini telah melancarkan SarawakPass iaitu platform digital bersepadu yang berfungsi sebagai gerbang utama kepada pelbagai perkhidmatan awam dan kemudahan digital di negeri ini.

“Orang ramai boleh melayari laman web rasmi kerajaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai fungsi dan faedahnya,” kata beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa pasukan perkhidmatan bergerak SUPP Bawang Assan akan terus melaksanakan usaha mendekati rakyat bagi memastikan lebih ramai penduduk mendapat maklumat dan manfaat daripada pelbagai program bantuan kerajaan yang disediakan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pendekatan lestari pacu pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara – Premier Sarawak
Next: Sri Aman bakal jadi tumpuan peminat kraftangan dengan pembinaan bangunan Industri Kotej baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.