Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kaunseling Syarie bantu pasangan tangani krisis rumah tangga
  • TEMPATAN

Kaunseling Syarie bantu pasangan tangani krisis rumah tangga

Utusan Sarawak 3 hours ago
Abang Borhanuddin (tiga kiri) menerima cenderamata yang disampaikan oleh Zakiah sambil disaksikan oleh Wan Hamid (tengah), Safura (dua kiri) Saharuddin (kiri) dan yang lain

SIBU: Kaunseling syarie bukan sekadar usaha menyelamatkan rumah tangga daripada perceraian, tetapi satu proses bimbingan untuk membantu pasangan menangani krisis rumah tangga dengan pendekatan yang berlandaskan ajaran Islam.

Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Ustaz Abang Borhanuddin Abang Ahmad Masuine, berkata dalam konteks kekeluargaan, penceraian sebenarnya merupakan satu tindakan untuk mengakhiri krisis yang berlaku dalam rumah tangga, bukannya satu masalah terhadap institusi perkahwinan itu sendiri.

“Penceraian ialah satu keputusan atau tindakan yang diambil untuk menangani krisis yang berlaku,” katanya ketika berucap mewakili Pengarah JAIS, Sahibus Siyadah Ustaz Mual Suaud pada majlis penangguhan Seminar Kaunseling Syarie bagi2025 di Dewan Kompleks Islam di sini, petang semalam.

Menurutnya, hukum berkaitan penceraian atau fiqh talak merangkumi pelbagai ketetapan, termasuk keadaan tertentu yang menjadikan penceraian itu wajib dilaksanakan.

“Contohnya, apabila pasangan sudah tiada lagi perasaan hormat antara satu sama lain, seperti isteri yang memanggil suami dengan kata-kata tidak sepatutnya atau suami pula mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri.

“Namun begitu, haram bagi seorang suami menceraikan isterinya dalam keadaan isteri itu taat dan sentiasa berkhidmat kepadanya,” jelasnya.

Beliau menegaskan, proses kaunseling syarie yang dijalankan oleh pihak berwajib seperti JAIS merupakan satu usaha bagi membimbing pasangan agar memahami tanggungjawab masing-masing dalam rumah tangga.

“Namun begitu, jabatan hanya mampu memberi panduan dan bimbingan kerana dalam kehendak al-Quran sendiri, Allah SWT berfirman bahawa Dia tidak sekali-kali menganiaya mana-mana manusia.

“Sebaliknya, manusia diberi pilihan untuk menentukan arah dan haluan kehidupan mereka,” katanya.

Abang Borhanuddin berkata, kaunseling bertujuan menyedarkan pasangan agar memahami tanggungjawab masing-masing.


Bagaimanapun, sekira akhirnya penceraian tetap berlaku, itu adalah kehendak dan ketentuan, katanya lagi.

“Sebaliknya, jika melalui kaunseling mereka kembali bersatu, maka pasangan itu insya-Allah akan membina keluarga yang lebih harmoni, asalkan mereka mengikuti proses kaunseling dengan sebenar-benarnya,” ujarnya.

Hadir sama Temenggung Dato Sri Wan Hamid Edruce, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber JAIS Sharifah Zakiah Tuanku Pauzi, Pemangku Bahagian Kaunseling, Syarie dan Pembangunan Psikologi JAIS Ustazah Dr. Safura Ahmad Sharkawi, dan Pegawai Bahagian Kaunseling, Syarie dan Pembangunan Psikologi JAIS Mohammad Saharuddin Jamali.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Warisan tenunan merentas nusantara di Festival Kraf Tangan Borneo 2025
Next: Pusat beli-belah digesa main peranan promosi gaya hidup sihat — Dr Sim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.