Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • KASUMeS wajar dijadikan acara tahunan
  • SUKAN

KASUMeS wajar dijadikan acara tahunan

Utusan Sarawak 1 day ago
ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng dan Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie (barisan tengah, tujuh kiri) merakam kenangan bersama semua peserta Pertandingan Pickleball KASUMes 2025 anjuran UKAS di IPSS Pickleball Courts Sibu, semalam. Foto: Akun Giman

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng mencadangkan agar penganjuran Karnival Sukan Media Sarawak (KASUMeS) dijadikan sebagai acara tahunan bagi menggalakkan pengamalan gaya hidup sihat dan memupuk semangat kesukanan.

Menurutnya, acara tersebut wajar diperluaskan ke seluruh Sarawak bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pengamal media tempatan.

“Karnival ini merupakan ruang terbaik untuk mereka melepaskan tekanan, membina semangat berpasukan dan menjaga kesihatan fizikal serta mental.

“Kita diberi peluang untuk berinteraksi dalam suasana yang lebih santai dan menggalakkan gaya hidup sihat dengan adanya KASUMeS,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Pertandingan Pickleball KASUMes 2025 anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di IPSS Pickleboll Courts Sibu, semalam.

Chieng berkata, golongan wartawan sering berhadapan dengan tugasan yang menuntut komitmen yang tinggi, tanpa mengira masa dan hari. 

“Tugas seorang wartawan dan wakil rakyat memiliki banyak persamaan, khususnya dari segi tuntutan masa, komitmen kepada masyarakat serta cabaran untuk mengekalkan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan peribadi,” katanya.

KASUMeS 2025 bagi Zon Tengah menyaksikan dua acara sukan utama dipertandingkan, iaitu futsal dan pickleball, dengan penyertaan enam pasukan futsal lelaki, dua pasukan futsal wanita, serta 36 pemain pickleball.

Penganjuran acara tersebut sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) Peringkat Sarawak ini.

Acara tersebut akan diteruskan di Zon Utara yang dijadualkan berlangsung di Miri pada 24 Mei, sebelum melabuhkan tirai di Zon Selatan yang akan diadakan di Kuching pada 9 dan 10 Jun hadapan.

Oleh Akun Giman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Jaringan menakjubkan Yamal, bawa Barcelona menjuarai La Liga ke-28
Next: Beri ruang kepada Herry tunjukkan hasil- Boon Heong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.