KUCHING: Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Datuk Norizan Yahya menerima kunjungan hormat delegasi Tratax Sdn. Bhd. yang diketuai Penasihat Tratax, Dato Sri Subromaniam Tholasy, di sini, hari ini.
Delegasi berkenaan turut disertai Pengarah Eksekutif Tratax, Thenesh Kannaa.
Hadir sama Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Bahagian Perkhidmatan Teknik), Latif Mat Noot, serta pegawai Bahagian Perkastaman, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak.
Pertemuan itu menjadi platform untuk mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama antara JKDM Sarawak dengan pihak Tratax.
Kompeten • Integriti • Tegas




