KUCHING: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menerima kunjungan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak bagi sesi Pengauditan Pasca Import di bawah Akta Kastam 1967, di sini, hari ini.
Kunjungan diketuai Penolong Pengarah Kastam, Bahagian Pematuhan, Cawangan Audit Import dan SST, Halimah Ariffin bersama Bining Nudong.
Delegasi berkenaan disambut Pengurus Besar SFC, Abang Arabi Abang Aimran, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Japanie Bujang serta pegawai-pegawai SFC.
Sesi berkenaan melibatkan perkongsian maklumat dan semakan dokumentasi berkaitan urusan import antara kedua-dua pihak.
Pengauditan pasca import berkenaan turut menjadi platform bagi memastikan urusan dokumentasi dan pematuhan berkaitan import dilaksanakan selaras dengan peruntukan Akta Kastam 1967.
Oleh Shikin Mahmud




