Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kastam rampas syabu bernilai lebih RM783,000 di Lapangan Terbang Miri
  • JENAYAH

Kastam rampas syabu bernilai lebih RM783,000 di Lapangan Terbang Miri

Utusan Sarawak 5 hours ago
DIRAMPAS… Dadah yang dirampas daripada suspek di Lapangan Terbang Miri.

MIRI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan seorang individu bersama 24,486 gram dadah disyaki jenis methamphetamine bernilai RM783,552 di Lapangan Terbang Miri, 27 Februari lalu.

Pengarah Kastam Negeri, Datuk Norizan Yahya menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pagi tadi berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai Cawangan Penguatkuasaan JKDM Stesen Miri sekitar 5.15 petang.

Menurutnya, individu berkenaan ditahan sejurus tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Miri selepas pihak kastam menerima maklumat mengenai bagasi yang dibawanya disyaki mengandungi dadah.

DITAHAN… Suspek ditahan untuk siasatan lanjut. 

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bagasi tersebut menemui 21 bungkusan kuning teh Cina dan tiga bungkusan biru produk buah manggis yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Norizan berkata, keseluruhan rampasan dadah tersebut dianggarkan bernilai RM783,552 dan telah disita di bawah Seksyen 30(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut beliau, modus operandi yang digunakan adalah cubaan menyeludup bahan narkotik melalui perkhidmatan penerbangan domestik dari Semenanjung Malaysia ke Miri.

Tambah beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang daripada 12 kali jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai agar membantu pihak kastam memerangi jenayah penyeludupan termasuk rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan boleh menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam berhampiran. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: IPD Sri Aman tahan 8 individu, buka 10 kertas siasatan kes dadah
Next: Lelaki positif dadah ditahan di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.