Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai RM4.2 juta di Sibu
  • JENAYAH

Kastam rampas rokok, minuman keras bernilai RM4.2 juta di Sibu

Utusan Sarawak 4 hours ago
JKDM berjaya merampas rokok dan minuman keras tidak berkastam bernilai RM4.2 juta termasuk duti dan cukai dalam satu serbuan di sebuah rumah di Lorong Ulu Sungai Merah 46J pada 17 Disember lalu. Foto JKDM

SIBU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas rokok dan minuman keras tidak berkastam bernilai RM4.2 juta termasuk duti dan cukai dalam satu serbuan di sebuah rumah di Lorong Ulu Sungai Merah 46J di sini, pada 17 Disember lalu.

Pengarah JKDM Sarawak, Datuk Norizan Yahya berkata, serbuan yang dijalankan pada jam 4.25 petang itu dibuat hasil maklumat risikan daripada Ibu Pejabat JKDM.

“Dalam operasi tersebut, sepasukan pegawai daripada Unit Operasi Darat, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Sibu berjaya menyita sebanyak 3,430,000 batang rokok dan 70,518.24 liter minuman keras pelbagai jenama yang disyaki tidak berkastam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, nilai sitaan bagi rokok dan minuman keras berkenaan dianggarkan sebanyak RM731,809.44, manakala jumlah duti import dan cukai yang terlibat dianggarkan RM3,472,209.93, menjadikan keseluruhan nilai rampasan RM4,204,019.37.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati rumah berkenaan dipercayai dijadikan tempat penyimpanan barang larangan bagi mengelakkan daripada dikesan pihak berkuasa.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki atau menyimpan barang tidak berkastam atau barangan larangan import.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM100,000, mengikut mana yang lebih tinggi, dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000, atau penjara antara enam bulan hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan bagi membantu pihak berkuasa memerangi jenayah berkenaan.

“Penyeludupan bukan sahaja menyebabkan ketirisan hasil negara, malah boleh mengancam keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau mana-mana Pejabat Kastam terdekat, dengan jaminan identiti pemberi maklumat dirahsiakan,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki rugi RM238,000 ditipu pelaburan saham China tidak wujud
Next: Tiga suspek ditahan dalam Ops Bersepadu di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.