Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kastam rampas dua juta batang rokok seludup anggaran nilai lebih RM1.5 juta di Sibu
  • JENAYAH

Kastam rampas dua juta batang rokok seludup anggaran nilai lebih RM1.5 juta di Sibu

Utusan Sarawak 3 months ago
BERJAYA DIRAMPAS… JKDM Sibu berjaya merampas 2 juta batang rokok putih yang disyaki tidak berkastam dalam serbuan di sebuah premis bangunan di Lorong Tunku Abdul Rahman di Sibu,penghujung bulan lalu. Foto JKDM
 

SIBU: Sebanyak dua (2) juta batang rokok putih disyaki tidak berkastam dengan anggaran nilai keseluruhan, termasuk cukai, mencecah RM1.518 juta berjaya dirampas dalam satu serbuan di sebuah premis bangunan di Lorong Tunku Abdul Rahman pada 25 Januari lalu.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak Norizan Yahya menerusi kenyataannya hari ini memberitahu, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan pegawai penguatkuasaan JKDM Sibu kira-kira 10.50 pagi.

“Hasil pemeriksaan telah menemukan sejumlah dua (2) juta batang rokok putih yang disyaki tidak berkastam, dengan anggaran nilai keseluruhan barang kes adalah RM180,000, manakala jumlah cukai yang terlibat dianggarkan RM1,338,000.

Beliau memberitahu, premis terbabit dipercayai digunakan sebagai stor penyimpanan, sebelum rokok diedarkan kepada pelanggan di kawasan sekitar.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Rokok adalah barang larangan bersyarat dan pengimportannya tertakluk kepada permit import di bawah Butiran 1, Jadual Ketiga, Bahagian II Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

JKDM menyeru orang awam agar membantu pihak berkuasa dalam memerangi jenayah penyeludupan, termasuk rokok, minuman keras, mercun, dadah, dan kenderaan.

Katanya, aktiviti penyeludupan bukan sahaja menyebabkan ketirisan hasil negara, tetapi juga mengancam keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti penyeludupan boleh menghubungi Talian Bebas Tol Kastam di 1-800-88-8855 atau mana-mana Pejabat Kastam terdekat.

JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Burglary: Woman from Pine Residence in Batu Kawa loses RM25,000, gold jewellery
Next: Op Taring: PGA team seize illegal goods worth RM4.8 million

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.