Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kasihnya Warisan terajui semangat tradisi sungai di Mukah
  • Tengah
  • WILAYAH

Kasihnya Warisan terajui semangat tradisi sungai di Mukah

Utusan Sarawak 1 day ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi yang juga Penaung Kelab Kasihnya Warisan rakam gambar bersama para peserta yang berlangsung di HUB Usahawan Belia Mukah. -Foto UKAS

MUKAH: Pasukan Kasihnya Warisan menghimpunkan lebih 100 pekayuh tempatan dalam Perlumbaan Perahu Bidar Regatta Sejijak 2025 bagi memburu gelaran Raja Sungai Sejijak kategori Terbuka dan Tertutup.

Majlis perlepasan dan suntikan semangat kepada para peserta berlangsung di HUB Usahawan Belia Mukah dan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi yang juga Penaung Kelab Kasihnya Warisan.

Kehadiran beliau mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong usaha memelihara sukan tradisional dan semangat kekitaan komuniti sungai di kawasan ini.

Menurut beliau, inisiatif sebegini bukan sahaja memperkukuh perpaduan masyarakat setempat, malah menjadi platform pembangunan belia dan warisan budaya yang perlu terus dipertahankan.

“Saya berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh para pengkayuh muda tempatan. Kasihnya Warisan telah membawa nama Mukah ke pentas lebih tinggi dan inilah contoh semangat belia yang perlu dijadikan teladan,” ujar beliau dalam ucapannya.

Rekod pasukan Kasihnya Warisan bukan calang-calang, mereka baru sahaja mengharumkan nama Sarawak apabila muncul juara dalam beberapa kategori di Sabah 10th FCAS International Dragon Boat, termasuk memenangi Piala Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah dan naib juara Piala Ketua Menteri Sabah.

Selain itu, mereka juga menunjukkan dominasi di Perlumbaan Perahu Naga Lawas dengan kejayaan dalam kategori 12 dan 18 krew terbuka dan tertutup.

Regatta Sejijak 2025 akan berlangsung dari 11 hingga 16 Jun dan dijangka menyaksikan saingan sengit dari pasukan-pasukan handalan termasuk juara bertahan 2024, Pasukan UDAK dan Todak Berjaya.

Turut hadir Presiden Kelab Perahu Naga Kasihnya Warisan, Kr Ardyman Matan, wakil Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Mukah, Lau Yok King, Rosman Hipni serta jurulatih Samsuhidin Samti. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RTP fund for two schools 
Next: Stadium Bola Keranjang Bintangor dinaik taraf ikut spesifikasi RTP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.