Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kasihnya Warisan pertahan gelaran juara Regata Tatau 2025
  • Utara
  • WILAYAH

Kasihnya Warisan pertahan gelaran juara Regata Tatau 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Sri John Sikie dan Iskandar Turkee merakam kenangan bersama pasukan Kasihnya Warisan yang dinobatkan sebagai Raja Sungai Regata Tatau 2025.

TATAU: Pasukan Kasihnya Warisan dari Balingian terus mencatat sejarah tersendiri apabila mengekalkan penguasaan di Batang Anap dengan menjuarai Regata Tatau 2025, sekali gus melengkapkan hatrik kejuaraan sejak 2023.

Kemenangan itu sekali lagi membuktikan konsistensi mereka dalam saingan perahu tradisional dengan mengekalkan gelaran ‘Raja Sungai’ buat tiga edisi berturut-turut.

Dengan kejayaan itu, Kasihnya Warisan membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 dan trofi, manakala pasukan Armada 67 dari Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berada di tempat kedua, membawa pulang RM5,000 serta trofi.

Pasukan Puteri Bunian pula menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dengan ganjaran RM3,000 bersama sebuah trofi.

Hadiah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus, Dato Sri John Sikie Tayai, yang turut hadir bersama isterinya, Datin Melia Gelen.

Turut menyaksikan acara itu, ADUN Jepak, Iskandar Turkee serta Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong Endawie@Bujang.

Regata Tatau yang dianjurkan sempena Pesta Tatau terus menjadi pentas penting mengetengahkan tradisi sukan air masyarakat setempat selain berperanan sebagai daya tarikan pelancongan di Sarawak.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM120,000 manfaat Rumah Lidum, siap Mac 2026
Next: Pesta Tatau jadi acara dwitahunan, fokus kualiti dan perancangan lebih rapi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.