Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kartel baja: SPRM reman eksekutif pemasaran
  • JENAYAH

Kartel baja: SPRM reman eksekutif pemasaran

Utusan Sarawak 7 months ago

KUALA LUMPUR: Seorang eksekutif pemasaran kepada sebuah syarikat yang ditawarkan projek pembelian baja padi oleh sebuah pertubuhan direman empat hari bermula hari ini.

Permohonan reman itu dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan dibenarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Mengikut sumber, suspek lelaki yang berusia 30-an itu ditahan bagi membantu siasatan ketika memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM lewat petang semalam.

Sumber berkata hasil siasatan awal mendapati syarikat itu merupakan sebuah syarikat yang tidak aktif di Malaysia sejak lapan tahun lepas. 

“Bagaimanapun, syarikat induknya merupakan sebuah syarikat berpengkalan di Singapura. Syarikat terbabit juga dikatakan telah menerima kontrak pembekalan baja berjumlah 15,000 tan atau lebih kurang RM60 juta pada 2022. 

“Pemberian kontrak sangat meragukan dan ia dipercayai dibuat atas arahan pihak tertinggi pertubuhan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah dan diberikan secara runding terus atas alasan pembelian darurat,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan SPRM telah memulakan siasatan dan pembongkaran berhubung penyelewengan dan ketirisan projek pembekalan baja padi oleh salah sebuah pertubuhan di bawah kementerian terbabit.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 16, Seksyen 18 dan seksyen 23 Akta SPRM 2009.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Perbicaraan Kes 1MDB: Pasukan pembelaan Najib akan panggil 11 saksi
Next: Polis tahan 26 penagih dadah di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.