Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Karnival Usahawan dan Bakat Sarawak, peluang emas usahawan tempatan
  • TEMPATAN

Karnival Usahawan dan Bakat Sarawak, peluang emas usahawan tempatan

Utusan Sarawak 7 hours ago
BAGUS…Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Bertanggungjawab sambutan Hari Sarawak 2025, Dato Sri Lee Kim Shin (tiga dari kanan) menunjukkan tanda bagus semasa merasmikan  Karnival Usahawan dan Bakat Sarawak Talent sempena Hari Sarawak di perkarangan Stadium Bandaraya Miri hari ini. Foto: Liong Chai Ling

MIRI: Karnival Usahawan dan Bakat Sarawak bukan sekadar acara tahunan Hari Sarawak tetapi ia adalah platform penting yang menghubungkan aspirasi usahawan dengan peluang-peluang yang tidak terbatas dalam landskap ekonomi digital dan global hari ini.

Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Bertanggungjawab sambutan Hari Sarawak 2025, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, ia adalah ruang untuk  meraikan daya kreativiti, semangat inovasi dan ketabahan para usahawan dalam mendepani cabaran ekonomi pasca-pandemik dan memanfaatkan peluang dalam ekonomi baru.

“Kita semua sedia maklum golongan usahawan adalah nadi penggerak ekonomi sesebuah negeri dan negara.

“Mereka inilah yang mencetuskan idea baharu, menyediakan peluang pekerjaan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat.

“Di Sarawak khususnya, kita melihat potensi yang sangat besar dalam kalangan usahawan tempatan daripada produk kraf tangan tradisional warisan budaya kita hinggalah kepada inovasi teknologi moden yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.

LAWAT…Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Bertanggungjawab sambutan Hari Sarawak 2025, Dato Sri Lee Kim Shin melawat tapak jualan di perkarangan Stadium Bandaraya Miri hari ini. Foto: Liong Chai Ling

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian karnival itu  yang diadakan di perkarangan Stadium Bandaraya Miri hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan merangkap  Menteri Bertanggungjawab Karnival Jualan Serta Pameran dan Bakat Sarawak, Datuk Ripin Lamat.

Kim Shin berkata, karnival ini adalah bukti komitmen kerajaan negeri dan pihak berkepentingan dalam menyokong serta memperkasakan ekosistem keusahawanan di Bumi Kenyalang ini.

“Sepanjang karnival yang berlangsung selama tiga hari ini, kita akan dapat menyaksikan pelbagai produk dan perkhidmatan menarik yang dihasilkan oleh usahawan kita.


“Inilah peluang terbaik untuk kita semua, sama ada sebagai pengguna, pelabur, atau rakan strategik untuk meneroka dan menyokong hasil titik peluh mereka.

“Marilah kita jadikan karnival ini medan untuk bertukar-tukar idea, menjalin rangkaian perniagaan yang strategik dan yang paling penting menyemarakkan lagi semangat keusahawanan yang berdaya saing dalam diri kita semua,”ujarnya.

Beliau turut menggesa para usahawan  yang menyertai karnival ini supaya memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin untuk mempamerkan keunikan produk mereka, menarik perhatian pembeli dan mengembangkan rangkaian perniagaan.

“Ingatlah, setiap langkah kecil yang anda ambil hari ini adalah permulaan kepada kejayaan yang lebih besar di masa hadapan. Teruskan berinovasi, teruskan berdaya saing,” katanya.

Sebanyak 72 usahawan dan 28 pelbagai agensi yang mengikuti karnival tersebut.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MA63 fokus utama pemerkasaan komuniti Sarawak
Next: JPJ Sarawak kukuhkan pelaksanaan bantuan MyLesen B2 di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.