Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Karnival STEM@Mukah 2025 cungkil bakat muda ke arah Revolusi Industri 4.0
  • PENDIDIKAN

Karnival STEM@Mukah 2025 cungkil bakat muda ke arah Revolusi Industri 4.0

Utusan Sarawak 9 hours ago
PENGARAH Politeknik Mukah, Suhaili Aleh menyampaikan ucapan penutupan sempena Karnival STEM@Mukah 2025 di Dewan Serbaguna Politeknik Mukah. Foto: Politeknik Mukah 

MUKAH: Karnival STEM@Mukah 2025 yang melabuhkan tirainya hari ini disifatkan sebagai wadah penting dalam mencungkil bakat, mengasah daya fikir serta meningkatkan keyakinan diri pelajar sekolah rendah dan menengah di Bahagian Mukah.

Pengarah Politeknik Mukah, Suhaili Aleh berkata, penguasaan dalam bidang STEM yang merangkumi sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik merupakan keperluan utama dalam era Revolusi Industri 4.0 dan menjadi tonggak penting dalam merealisasikan Visi Sarawak 2030.

“STEM bukan lagi pilihan tetapi keperluan. Keupayaan anak muda Sarawak dalam bidang ini akan menjadi pemacu pembangunan industri moden seperti tenaga boleh baharu, teknologi hijau, automasi dan pertanian pintar,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan karnival tersebut di Dewan Serbaguna Politeknik Mukah, hari ini.

RAKAMAN kenangan bersama para peserta dan guru pengiring sempena Karnival STEM@Mukah 2025. Foto: Politeknik Mukah

Menurut beliau, Politeknik Mukah melalui Jabatan Matematik, Sains dan Komputer mengambil pendekatan proaktif menganjurkan karnival ini sejak 2022 bukan sahaja untuk memupuk minat terhadap STEM, malah memperkasa pembelajaran holistik melalui aktiviti akademik yang mengasah kemahiran kognitif, psikomotor dan afektif pelajar.

“Karnival ini turut mempromosikan Politeknik Mukah sebagai institusi pengajian tinggi yang mampu membudayakan bidang STEM ke sekolah-sekolah, selaras dengan pendekatan TVET yang menggabungkan teori dan kemahiran praktikal bernilai pasaran tinggi,” ujarnya.

Tahun ini, sebanyak 29 sekolah menyertai karnival berkenaan yang melibatkan 279 peserta dengan 86 guru pengiring dari Mukah, Dalat dan Daro.

Antara pertandingan yang dipertandingkan bagi sekolah menengah termasuk Perlumbaan Makmal Sains (Science Lab Race), Perlumbaan Kereta Perangkap Tikus (Mousetrap Car Race), Robot Penjejak Garisan (Line Follower Robot), Cabaran Loceng Emas Matematik (Maths Golden Bell Challenge) dan Pembelajaran Berasaskan Projek STEM (PBL STEM) manakala sekolah rendah pula menyertai pertandingan Rekacipta dan Teknologi, Animasi Ilusi Optik, Scratchaton dan PBL STEM.

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine (tengah) dan Pengarah Politeknik Mukah, Suhaili Aleh (kanan) bersama pemenang pertandingan anjuran karnival tersebut. Foto: Politeknik Mukah 

Selain itu, pameran TVET, gerai keusahawanan serta aktiviti interaktif seperti Hama Beads dan permainan dalaman turut diadakan sepanjang karnival berlangsung.

Suhaili berharap, penganjuran karnival ini dapat membuka ruang inspirasi kepada peserta untuk terus meneroka dunia STEM serta menjadikannya batu loncatan dalam mencapai cita-cita besar dalam bidang berkenaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Parlimen Mukah, ADUN Tellian dan ADUN Balingian yang sentiasa memberi sokongan terhadap aktiviti ilmiah yang menjadi pemangkin pembangunan modal insan negeri ini.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Sarawak sasar jadi hab teknologi tinggi, STEM jadi teras

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.