Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Karnival Sibu Jaya 2025 tampilkan kemajuan holistik komuniti setempat
  • Tengah
  • WILAYAH

Karnival Sibu Jaya 2025 tampilkan kemajuan holistik komuniti setempat

Utusan Sarawak 4 days ago
PERASMIAN KARNIVAL…(Bermula kiri) Ng Siang Wei, Wong Ching Yong, Sempurai Petrus Ngelai serta yang tetamu jemputan lain semasa perasmian Karnival Sibu Jaya 2025 di Sibu pada malam Sabtu.

SIBU: Sibu Jaya kini muncul sebagai pusat komuniti moden dengan kemudahan lengkap serta berpotensi besar sebagai hab pertumbuhan ekonomi baharu di tengah Sarawak.

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai berkata, perkembangan pesat itu menjadikan Sibu Jaya bukan lagi hanya kawasan perumahan, sebaliknya sebuah bandar satelit yang berdaya saing.

“Dengan kedudukan geografi strategik di laluan utama Lebuh Raya Pan Borneo, Sibu Jaya kini semakin berperanan sebagai hab ekonomi baharu negeri,” katanya ketika merasmikan Karnival Sibu Jaya 2025 di sini, malam Sabtu.

Menurutnya, kewujudan pelbagai kemudahan asas seperti klinik kesihatan, balai bomba, balai polis, perpustakaan awam dan pejabat baharu MDLBS yang sedang dibina di hadapan Masjid Sibu Jaya menjadi petunjuk jelas kepada kemajuan kawasan itu.

Beliau berkata pembangunan merangkumi sektor perumahan, perniagaan, pendidikan dan infrastruktur awam telah merancakkan pertumbuhan ekonomi tempatan, membuka peluang pekerjaan serta menggalakkan penyertaan usahawan kecil dan sederhana.

Sempurai menegaskan, penganjuran Karnival Sibu Jaya 2025 mencerminkan kemajuan holistik kawasan itu yang bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan fizikal, malah memperkukuh nilai kebudayaan, perpaduan dan semangat komuniti.

“Inilah wajah baharu Sibu Jaya, sebuah bandar moden, inklusif, progresif dan berdaya tahan,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada penduduk, pihak berkuasa tempatan, Amcorp Sibu Jaya Sdn Bhd, belia, masyarakat sivil dan para peniaga atas kerjasama dalam menjayakan pembangunan kawasan berkenaan.

“Saya yakin dengan komitmen berterusan semua pihak, Sibu Jaya akan terus melangkah jauh sebagai ikon pembangunan baharu Sarawak serta menyumbang kepada Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030),” tambahnya.

Karnival Sibu Jaya 2025 berlangsung sepanjang minggu ini dengan menawarkan pelbagai acara kebudayaan, aktiviti komuniti, pameran usahawan dan persembahan hiburan untuk pengunjung dari seluruh negeri.

Turut hadir Timbalan Pengerusi MDLBS Wong Ching Yong, Setiausaha MDLBS Ng Siang Wei serta tetamu jemputan lain.

Oleh Tarani Lanting


Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Larian Santai Merdeka Saberkas 2025 himpun hampir 300 peserta di Kabong
Next: Missing 75-year-old woman reported in Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.