Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Karnival Rakyat 2.0 meriahkan Subis, kukuh perpaduan pelbagai kaum
  • Utara
  • WILAYAH

Karnival Rakyat 2.0 meriahkan Subis, kukuh perpaduan pelbagai kaum

Utusan Sarawak 20 hours ago
TERIMA KASIH… Datuk Dr Ripin Lamat menerima cenderahati daripada KK Amin Antin dan diperhatikan oleh Pegawai Daerah Subis Norlila Ulis pada Majlis Pelancaran Karnival Rakyat 2.0 di Waterfront Bekenu hari ini.

BEKENU: Suasana penuh semangat dan harmoni menyelubungi Daerah Subis apabila Karnival Rakyat 2.0, anjuran Persatuan Ketua Kaum Daerah Subis (PKKS), berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula hari ini hingga 3 Ogos.

Timbalan Menteri Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr. Ripin Lamat berkata, program ini menjadi landasan kukuh dalam mempererat perpaduan, silaturahim dan kerjasama antara komuniti pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

“Ini juga merupakan inisiatif PKKS dalam menganjurkan program sebegini demi memperkukuhkan hubungan masyarakat luar bandar.

“Program seperti ini penting dalam membina masyarakat yang inklusif, saling hormat-menghormati dan menyokong antara satu sama lain,” jelasnya ketika ditemui Utusan Sarawak di Waterfront Bekenu hari ini.

Pelbagai acara menarik disusun sepanjang karnival, antaranya Pertandingan Mengayuh Rakit Buluh, Memancing, Karaoke, Tarik Tali, Kincir Angin, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak dan Ibu-Ibu, Masakan Tradisional Muslim, serta pemilihan Ratu Karnival dan Ibu Anggun, turut diselitkan ialah persembahan kebudayaan seperti Zapin, menampilkan elemen warisan tempatan.

Sementara itu, majlis rasmi malam kedua akan diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Datuk Rosey Yunus.

Hadir hadir, Pegawai Daerah Subis Norlila Ulis, Pengerusi Persatuan Ketua Kaum Daerah Subis KK Amin Antin.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 12 permohonan diterima hari pertama projek rintis EODB di Sibu
Next: Padawan Raft Safari 2025 registration now open

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.