Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Karnival Pertandingan Maulidur Rasul meriah di Masjid Al Muhtadin Saratok
  • Tengah
  • WILAYAH

Karnival Pertandingan Maulidur Rasul meriah di Masjid Al Muhtadin Saratok

Utusan Sarawak 4 days ago
MOHAMAD Duri menyampaikan hadiah kepada semua pemenang Karnival Pertandingan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M yang berlangsung di Masjid Al-Muhtadin, Saratok semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Karnival Pertandingan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M di Masjid Al-Muhtadin, di sini semalam berlangsung meriah dengan sambutan menggalakkan masyarakat setempat.

Program yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, berjaya menarik penyertaan seramai 170 peserta yang mengambil bahagian dalam pelbagai kategori pertandingan antaranya Bacaan Surah Al-Fatihah, Laungan Azan dan Bercerita Kisah Nabi terbuka kepada lelaki dan perempuan.

Penganjuran kali ketiga oleh Jawatan Kuasa Pengurusan (JKP) Masjid Al-Muhtadin ini bertujuan memupuk semangat cinta kepada Rasulullah SAW serta menggalakkan penyertaan golongan muda dalam aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Keputusan Pertandingan Bacaan Surah Al-Fatihah iaitu Kategori A Johan jatuh kepada Muhammad Ariq Muhamad Najib, naib Johan Abang Muhd Irfan Abang Muhd Ismail dan tempat ketiga, Muhammad Asri Yusop.

Bagi Kategori B pula, Nur Haura Ayudia Muhammad Hazrie muncul johan, Tasneem Durani Abdullah Maderi (naib johan) dan Syaza Izzara Nur Aida Mohamad Norazan di tempat ketiga.

Sementara itu, Kategori C pula menyaksikan Muhammad Fazrul Arsyad Azmie muncul johan, Akmal Zakwan Azizan (naib johan) dan Muhammad Haris Rahullah Masthada di tempat ketiga, dan Kategori D pula, Muhammad Arif Fadzillah Masthada (johan), Bujang Dollah (naib johan) dan Abang Zahirrudin Abang Zaepul di tempat ketiga.

MOHAMAD Duri menyampaikan hadiah kepada semua pemenang Karnival Pertandingan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M yang berlangsung di Masjid Al-Muhtadin, Saratok semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Bagi keputusan Pertandingan Azan Kategori A, Muhammad Fazrul Aiman Azmie (johan), Abang Muhammad Irfan Abang Muhammad Ismail (naib johan) dan Syah Idrawan Mohamad Azlan (ketiga).

Kategori B pula, Muhammad Haris Rahullah Masthada (johan), Abu Hurairah Arizal (naib johan) dan Muhammad Fazrul Arsyad Azmie (ketiga). Bagi Kategori C pula, Muhammad Arif Fadzillah Masthada (johan), Muhamad Shahrul Anuar Ibrahim (naib johan) dan Bujang Dollah (ketiga).

Bagi Keputusan Pertandingan Bercerita Kisah Nabi Kategori A, Malaeka Laura Nur Ilham Ramlan (johan), Dewi Nur Damia Abdullah (naib johan) dan Ammar Zafran Barmawi (ketiga). Kategori B, Nuur Ekhma Dewi Othman (johan), Anaqi Aniq Anamezira (naib johan) dan Izznur Danish Mohd Fazdili (ketiga).

Para pemenang Johan bagi setiap kategori masing-masingnya membawa pulang wang tunai RM150, Naib Johan RM100, Tempat Ketiga RM50, manakala Saguhati RM30 turut diberikan kepada peserta lain sebagai galakan.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, yang turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang serta penghargaan kepada pihak penganjur atas usaha murni menganjurkan program berunsur keagamaan dan kekeluargaan.

Mohamad Duri dalam ucapannya turut menggesa agar program seperti ini diteruskan setiap tahun bagi memperkukuh ukhuwah, meningkatkan penghayatan Islam serta memupuk kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi yang menyampaikan ceramah perdana, Pemanca Sahari Gani, Penghulu Madi Bujang, serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Saratok.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: KEMAS terus lahirkan pemimpin belia, bangunkan Komuniti di Limbang
Next: Uggah hadiri sesi libat urus bersama pesawah dan petani di Spaoh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.