Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Karnival Perpustakaan UPMS tarik 300 pengunjung, fokus isu haiwan dan komuniti
  • Utara
  • WILAYAH

Karnival Perpustakaan UPMS tarik 300 pengunjung, fokus isu haiwan dan komuniti

Utusan Sarawak 2 days ago
PENGUNJUNG menyertai pelbagai aktiviti sempena Karnival Perpustakaan Juh Ke Sitok: UPMS For You di perpustakaan universiti berkenaan baru-baru ini.

BINTULU: Karnival Perpustakaan Juh Ke Sitok: UPMS For You anjuran Perpustakaan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) mencatat sambutan menggalakkan dengan kehadiran sekitar 300 pengunjung, baru-baru ini.

Program yang berlangsung di Perpustakaan UPMS itu turut melibatkan penyertaan pelajar kursus Bakti Siswa QKK2101 Kumpulan 2 menerusi inisiatif Putra Bakti: Protect Our Pets Day, yang memfokuskan kesedaran terhadap penjagaan haiwan peliharaan dan bahaya penyakit rabies.

Karnival berkenaan turut mendapat kerjasama strategik daripada Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) UPM serta Perpustakaan Awam Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Antara pengisian utama adalah pameran agensi, gerai jualan serta pelbagai pertandingan seperti Pertandingan Mewarna Berkumpulan, Pertandingan Karom Duo dan Pertandingan Reka Cipta.

Pelajar turut menganjurkan aktiviti berteraskan kesedaran haiwan meliputi Pertandingan Poster Digital, Pertandingan Cosplay Kucing, Program Adopsi dan Imunisasi Haiwan serta permainan santai yang menceriakan pengunjung.

Segmen Bersama Si Cilik anjuran Perpustakaan Awam BDA pula menjadi tumpuan utama apabila menarik penyertaan ramai kanak-kanak sepanjang program berlangsung.

Pengarah UPMS, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan penganjuran tersebut.

“Karnival ini bukan sahaja menghubungkan universiti dengan masyarakat, malah memperlihatkan kepimpinan, kreativiti dan rasa tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar.

“Saya berharap ia menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif komuniti pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Perpustakaan UPMS, Awang Ahmad Faizi Awang Dahlan berkata, penganjuran tersebut membuktikan fungsi perpustakaan kini semakin luas dan relevan kepada masyarakat.

“Perpustakaan bukan sekadar tempat membaca, tetapi ruang inklusif yang mendidik, menghiburkan dan membina jaringan bersama komuniti,” ujarnya.

Kejayaan karnival itu mencerminkan komitmen UPMS dalam memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pusat komuniti yang berdaya ilmu, mesra masyarakat dan menyeronokkan.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Wong King Yii urges swift action to resolve muddy water issue at Green Road
Next: Konsul Jeneral Indonesia baharu tekad perkukuh hubungan dua hala dengan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.