Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Karnival Pendidikan HITS 2025 tawar peluang pengajian dan bantuan pendidikan
  • PENDIDIKAN

Karnival Pendidikan HITS 2025 tawar peluang pengajian dan bantuan pendidikan

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Rubiah Wang merakam kenangan bersama para peserta di Karnival Jelajah Pendidikan Tinggi (HITS) 2025 di Summer Mall, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Karnival Jelajah Pendidikan Tinggi (HITS) 2025 anjuran Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dengan kerjasama Institusi Pendidikan MARA (IPMA) membuka tirainya di Summer Mall, hari ini.

Program selama dua hari yang berlangsung dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

HITS 2025 merupakan inisiatif tahunan yang memberi fokus kepada pendedahan awal mengenai peluang pendidikan tinggi kepada pelajar lepasan sekolah, khususnya calon SPM.

Program ini turut memberi ruang kepada individu lain yang berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam pelbagai bidang.

Sebanyak 12 reruai pameran disediakan membabitkan institusi seperti Universiti Poly-Tech Malaysia, Kolej Poly-Tech MARA, GIATMARA, University College MAIWP International, i-CATS University College dan beberapa usahawan tempatan dari Sarawak. Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Residen turut menyokong pelaksanaan program ini.

ANTARA reruai yang terdapat di Karnival Jelajah Pendidikan Tinggi (HITS) 2025 di Summer Mall, hari ini.

Antara objektif utama karnival ini ialah menyampaikan maklumat berkenaan peluang pengajian dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi seperti KPTM, UPTM dan YPM. Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk membuat permohonan sambung belajar dan menerima surat tawaran secara serta-merta bagi program Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD.

Selain itu, pelbagai penerangan turut diberikan mengenai saluran bantuan kewangan dan sokongan pendidikan daripada agensi berkaitan.

Program ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran pendidikan, demonstrasi projek inovasi pelajar, ujian psikometrik, sesi konsultasi kerjaya, khidmat bantuan pendidikan, cabutan bertuah serta persembahan bakat pelajar.

Karnival HITS 2025 akan diteruskan ke beberapa lokasi lain di seluruh negara termasuk Mydin Mall Bukit Mertajam pada 9 dan 10 Ogos, Mayang Mall Kuala Terengganu pada 22 dan 23 Ogos, Mydin Mall Seremban pada 27 dan 28 September, Aeon Mall Bandar Dato’ Onn Johor Bahru (tarikh akan diumumkan) dan Setia City Mall Selangor pada 11 dan 12 Oktober.

Program ini dikendalikan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Kolej Poly-Tech MARA dan dijangka menjadi pemangkin kepada pemerkasaan pendidikan tinggi dalam kalangan generasi muda, terutamanya di kawasan luar bandar.

Oleh Norman B.

Continue Reading

Previous: Pendidikan berkesan putuskan rangkaian kemiskinan luar bandar
Next: 157 pelajar IPT DUN Opar terima RM500 insentif pendidikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.