Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Karnival MYFutureJobs Sibu tawar lebih 500 peluang pekerjaan, fokus kebolehpasaran graduan
  • TEMPATAN

Karnival MYFutureJobs Sibu tawar lebih 500 peluang pekerjaan, fokus kebolehpasaran graduan

Utusan Sarawak 13 hours ago
JOSEPH Chieng ketika melawat tapak Karnival Kerjaya MYFutureJobs anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang diadakan di Methodist Pilley Institute (MPI) di sini, semalam.


SIBU: Institusi pengajian tinggi memainkan peranan penting dalam melahirkan graduan yang bersedia dan relevan untuk menghadapi pasaran kerja semasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng berkata, kebolehpasaran graduan bukan hanya bergantung kepada kelayakan akademik semata-mata, tetapi turut merangkumi kemahiran praktikal, kebolehsuaian serta pendedahan kepada pengalaman dunia sebenar.


“Institusi kita mesti melangkaui pembelajaran dari buku teks untuk melahirkan pelajar yang mampu cemerlang dalam pelbagai persekitaran kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Karnival Kerjaya MYFutureJobs anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang diadakan di Methodist Pilley Institute (MPI) di sini, semalam.

Lebih daripada 500 kekosongan jawatan ditawarkan oleh 16 syarikat dari seluruh Sarawak yang menyertai karnival ini di kampus MPI.

Chieng berkata bahawa menangani isu pengangguran adalah tanggungjawab bersama, dan dasar kerajaan serta inisiatif industri memainkan peranan yang sangat penting.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Perkeso Sibu, beliau memaklumkan bahawa kadar pengangguran di Sarawak bagi 2024 adalah sebanyak 3.3 peratus.


“Walaupun angka ini kekal agak rendah, kita tidak boleh memandang ringan terhadap isu ini,” tegasnya.

Beliau menjelaskan bahawa melalui pekerjaan atau keusahawanan, rakyat dapat menjana pendapatan bagi menyara kehidupan, sekali gus memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, penjagaan kesihatan dan lain-lain.

“Lebih daripada keperluan hidup individu, pekerjaan adalah pemacu utama pertumbuhan ekonomi. Apabila rakyat dapat memenuhi keperluan asas mereka, mereka menyumbang kepada peningkatan penggunaan, menyokong perniagaan, dan seterusnya membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Sebaliknya, apabila peluang pekerjaan berkurangan, ia boleh membawa kepada kemerosotan ekonomi, tenaga kerja yang tidak produktif, malah masalah sosial,” ujarnya.

Chieng menegaskan bahawa adalah lebih penting daripada sebelumnya untuk memastikan tenaga kerja terutamanya belia dan graduan baharu dilengkapi dengan kemahiran yang sesuai dan jaringan yang kukuh.

“Saya memuji Perkeso atas pendekatan berwawasan mereka dalam menganjurkan karnival kerjaya di seluruh Malaysia, dan terutamanya hari ini, bersama MPI sebuah penyedia pendidikan tinggi yang dipercayai di Sarawak atas komitmennya terhadap pembangunan komuniti yang melangkaui akademik semata-mata, demi memastikan para graduan bukan sahaja berilmu, tetapi juga boleh dipasarkan.

“Saya difahamkan bahawa bukan sahaja graduan MPI kini telah bekerja atau mendapat pekerjaan, malah ramai yang telah menjadi usahawan, sekali gus mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk penduduk Sibu. Inilah yang harus kita jadikan matlamat. Syabas kepada MPI,” ujarnya.

Tambah beliau, karnival kerjaya ini bukan sekadar satu acara.

“Ia adalah satu platform harapan. Ia merapatkan jurang antara pencari kerja dan majikan serta membuka peluang yang mampu mengubah kehidupan,” katanya.


“Tanya soalan. Bersikap terbuka. Yakinlah pada diri sendiri. Peluang kadangkala hadir dalam bentuk temuduga ringkas atau perbualan santai, jangan lepaskan. Ingatlah, ia bukan sekadar mendapatkan pekerjaan, tetapi membina masa depan.”

“Marilah kita terus bekerjasama, kerajaan, institusi, industri, dan komuniti untuk memperkasa tenaga kerja kita, mempertingkatkan taraf hidup rakyat, dan membentuk Sarawak dan Malaysia yang lebih berdaya tahan,” tambahnya.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengetua MPI, Dr Lu Huong Ying dan Presiden Alumni MPI, Wong Kee Ing.

Oleh Tarani Lanting


Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Festival Makanan Mega Etnik di Kabong meriah, berlangsung selama lima hari
Next: Aishah dan Putri Ika dinobat Juara Ratu Kebaya Cilik Sarawak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.