Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Karnival LuaSS 3.0 di SMK Luak 30-31 Ogos ini
  • SUKAN

Karnival LuaSS 3.0 di SMK Luak 30-31 Ogos ini

Utusan Sarawak 15 hours ago
JOM…Orang ramai dijemput untuk menyertai Karnival LuaSS 3.0 2025. 

MIRI: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luak sekali lagi menganjurkan Karnival LuaSS 3.0 2025 yang bakal berlangsung pada 30 hingga 31 Ogos ini.

Karnival itu akan diadakan bertempat di SMK Luak dan acara ini dijadual bermula seawal 7.30 pagi.

Karnival LuaSS 3.0 kali ini bertujuan untuk mengumpul dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan bersempena sambutan Ulang Tahun ke- 20 Bandaraya Miri, sambutan Hari Sarawak dan Hari Kebangsaan.

Karnival kali ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang pastinya mengujakan warga sekolah, komuniti setempat dan luar Bahagian Miri selari dengan agenda Sarawak Xtive.

Antara 13 acara utama lain yang akan berlangsung ialah Fun Run 5KM, futsal, badminton, bola baling, pertandingan mewarna, karaoke, bola jaring, dart, Liga Sepakan Penalti, gerai pameran, gerai jualan, Persembahan Busking dan e-sukan Mobile Legends.

Selain itu, pelbagai gerai pameran dan jualan akan dibuka kepada orang ramai sebagai platform perkongsian ilmu, maklumat dan perniagaan kecil.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan karnival ini.

Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam pelbagai aktiviti sihat dan menyeronokkan serta pendaftaran boleh dilakukan melalui imbasan kod QR yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Penyelaras Program Mohd Azra di talian 016-8707516.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kehadiran Pearly-Thinaah penting sebagai idola pemain pelapis – Rosman
Next: SBA rasmi tamat penggantungan, sedia laksana pembangunan badminton Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.