Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Karnival Kesihatan Pandu Puteri 2025 diadakan 24 Ogos depan
  • SEMASA

Karnival Kesihatan Pandu Puteri 2025 diadakan 24 Ogos depan

Utusan Sarawak 20 hours ago

KUCHING: Karnival Kesihatan Pandu Puteri 2025 anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Sarawak bakal berlangsung pada 24 Ogos depan di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), bermula 6.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Yang Dipertua PPPM, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud, berkata penganjuran karnival ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan, malah berperanan sebagai platform memperkasakan remaja wanita melalui penglibatan dalam aktiviti positif serta pembangunan kendiri.

“Selain itu, karnival ini turut bertujuan mengumpul dana bagi membiayai pelaksanaan pelbagai program persatuan seperti latihan, kursus kemahiran, aktiviti perkhemahan serta pembelian kelengkapan penting termasuk komputer riba untuk kegunaan ahli,” katanya dalam satu sidang media di sini, malam tadi.

Menurutnya, lebih 1,000 peserta dijangka mengambil bahagian dalam karnival tersebut yang akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk senam zumba, larian ‘Fun Run’ sejauh 3 kilometer, cabutan bertuah, saringan kesihatan percuma, kempen derma darah serta gerai jualan makanan, minuman, dan produk berkaitan kesihatan.

Majlis perasmian serta upacara pelepasan peserta akan disempurnakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Turut dijangka hadir ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chew Yew serta Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng.

Orang ramai yang berminat menyertai karnival ini boleh mendapatkan tiket promosi awal (early bird) sehingga 30 Jun ini dengan harga serendah RM15 bagi pakej asas.

Sementara itu, pakej premium turut ditawarkan pada harga RM30 (seorang), RM55 (berdua), RM78 (bertiga) dan RM100 (berempat), yang merangkumi baucar tunai RM20, penyertaan cabutan bertuah, sijil penyertaan digital, cenderahati, sesi zumba dan saringan kesihatan percuma.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: UKAS jalin kerjasama strategik bersama Pustaka Negeri Sarawak
Next: Kontrak penggajian wajib disetem tahun depan – LHDN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.