
MIRI: Pelbagai sukan rakyat berunsur tradisi telah diadakan bagi memeriahkan suasana
Karnival Gawai Tradisi Tahun 2025 Peringkat Sarawak yang berlangsung semalam di Pusat Budaya Persekutuan Persatuan-Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) di sini.
Antara acara yang menarik perhatian ramai ialah tarik tali, menebar jala atas kelapa, madiep dueng pew (menghantar barang dengan kelapa sawit), tarik papa piasau (membawa kelapa dalam kain), batak lampung (gasing tradisional), menyumpit dan melontar batu.

Acara kemuncak pula berlangsung pada malam 13 Jun, hari ini menerusi pertandingan Miss Gawai Sarawak 2025 yang menghimpunkan para ratu Gawai dari seluruh bahagian termasuk Kuching, Sibu, Bintulu dan Sri Aman.

Pagi ini, Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Gawai Peringkat Negeri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hadir merasmikan karnival tersebut.
Oleh Liong Chai Ling