Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Karnival Bola Sepak DUN Jepak bakal gegarkan Padang Warisan 26 hingga 27 Julai ini
  • SUKAN

Karnival Bola Sepak DUN Jepak bakal gegarkan Padang Warisan 26 hingga 27 Julai ini

Utusan Sarawak 2 days ago
POSTER Karnival Bola Sepak Tertutup 9 Sebelah Dewan Undangan Negeri (DUN) 67 Jepak akan berlangsung pada 26 hingga 27 Julai ini.

BINTULU: Karnival Bola Sepak Tertutup 9 Sebelah Dewan Undangan Negeri (DUN) 67 Jepak akan berlangsung pada 26 hingga 27 Julai ini di Padang Bola Kampung Warisan, melibatkan penyertaan pasukan lelaki daripada pelbagai kategori umur.

Karnival anjuran Pusat Khidmat Rakyat N67 Jepak ini mempertandingkan empat kategori umur, iaitu bawah 16 tahun, bawah 14 tahun, bawah 12 tahun dan bawah 10 tahun.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada pasukan dalam kawasan DUN Jepak, dengan tarikh tutup pendaftaran ditetapkan pada 23 Julai ini.

Pemenang setiap kategori akan membawa pulang hadiah wang tunai dan piala, dengan johan menerima RM700, naib johan RM500 dan tempat ketiga bersama RM500.

Karnival ini bertujuan menggalakkan penglibatan belia dalam sukan serta memupuk semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 129 peserta hadiri program Gaya Hidup Sihat Sukan Rakyat
Next: Jun Hao terkandas di pusingan pertama Terbuka Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.