Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Karnival Berbasikal Layar 2025 kembali dengan laluan lebih mencabar
  • SUKAN

Karnival Berbasikal Layar 2025 kembali dengan laluan lebih mencabar

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Gerald Rentap Jabu bergambar bersama kenamaan lain semasa sidang media Karnival Berbasikal Layar 2025 di Bangunan Baitul Makmur 2, Petra Jaya, hari ini.

PETRA JAYA: Edisi ketujuh Karnival Berbasikal Layar (LCC) 2025 yang akan berlangsung dari 29 hingga 31 Ogos 2025 di Betong, menjanjikan laluan lebih mencabar serta pengisian program lebih menarik untuk para peserta dan pengunjung.

Majlis pengumuman rasmi acara berprestij disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Belia dan Sukan), Datuk Gerald Rentap Jabu itu hari ini berlangsung di Dewan Mesyuarat Mulu, Aras 17, Sayap Kanan, Bangunan Baitul Makmur 2, Petra Jaya.

“LCC bukan sekadar platform untuk sukan berbasikal, tetapi turut berperanan sebagai medium promosi pelancongan dan kebudayaan tempatan kepada masyarakat luar.

“Kita dapat mempromosikan homestay rumah panjang serta memperkenalkan adat dan budaya kita kepada umum,” katanya.

Tambahnya lagi, LCC juga dapat memperkenalkan lokasi menarik di sekitar Layar dan seterusnya membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat.

LCC yang mula diperkenalkan pada 2017 merupakan acara berbasikal lebuh raya selama tiga hari, dengan dua acara utama iaitu Kriterium dan Lebuh Raya.

Bagi edisi kali ini, laluan berbukit Ulu Layar/Ulu Paku, yang terkenal dengan cabaran ekstrem, akan digunakan semula.

Cabaran mendaki dijangka bermula 40 kilometer sebelum garisan penamat.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong telah dilantik sebagai pengerusi pengelola bagi penganjuran tahun ini.

Selain perlumbaan utama, pelbagai aktiviti sampingan turut dianjurkan termasuk Fun Ride, konsert, wall climbing, sukan rakyat dan gerai jualan, menjadikan karnival ini sesuai untuk seisi keluarga.

Penganjur menyasarkan penyertaan antara 400 hingga 500 pelumba dari dalam dan luar negara, termasuk beberapa pasukan profesional tempatan dan antarabangsa.

LCC 2025 akan menampilkan 10 acara di bawah kategori Kriterium dan lapan acara bagi kategori Lebuh Raya, menjadikannya antara karnival berbasikal terbesar di Sarawak.

Antara objektif utama penganjuran LCC ialah mempromosikan Layar sebagai destinasi pelancongan sukan, mencungkil bakat baharu dalam sukan berbasikal, membudayakan gaya hidup sihat, serta meningkatkan pendapatan komuniti setempat menerusi penglibatan langsung dalam penganjuran.

Oleh Norman B.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Tang Jie-Ee Wei gagal lepasi pusingan kedua terbuka Singapura
Next: Khai Xiang sudah padam episod kontroversi Masters Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.