Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Karnival Bazar Ramadan Sibu Jaya rancakkan ekonomi komuniti
  • WILAYAH

Karnival Bazar Ramadan Sibu Jaya rancakkan ekonomi komuniti

Utusan Sarawak 2 days ago
MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mengagihkan bubur lambuk, bubur kacang hijau serta kuih-muih kepada orang ramai.

SIBU: Karnival Bazar Ramadan, Berbuka Puasa Bersama Komuniti Sibu Jaya yang diadakan di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim membuka peluang perniagaan kepada penduduk sekitar Sibu Jaya.

Program yang berlangsung meriah itu diserikan dengan kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang meluangkan masa berbuka puasa bersama komuniti setempat.

Menurut Tiong, penganjuran karnival tersebut bukan sahaja mengukuhkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum, malah membantu merancakkan aktiviti ekonomi penduduk sekitar.

“Bazar Ramadan ini menampilkan 35 gerai yang menawarkan pelbagai makanan halal serta hidangan tradisional seperti dim sum, kompia, wantan, sate, nasi beriani dan roti canai.

“Kepelbagaian juadah ini bukan sahaja menarik pengunjung mendapatkan juadah berbuka puasa, malah memberi peluang kepada peniaga kecil mempamerkan kemahiran mereka serta menambah pendapatan sepanjang Ramadan,” katanya dalam satu kenyataan media.

UNTUK ALBUM… Pengunjung memeriahkan Karnival Bazar Ramadan, Berbuka Puasa Bersama Komuniti Sibu Jaya di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim, Sibu Jaya semalam.

Beliau berkata, sambutan menggalakkan daripada masyarakat membuktikan bazar Ramadan komuniti memainkan peranan penting dalam merancakkan ekonomi setempat.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan orang ramai untuk terus menyokong peniaga tempatan sepanjang bulan Ramadan bagi menyemarakkan semangat kebersamaan dan keharmonian dalam komuniti.

Karnival yang berlangsung sepanjang Ramadan itu merupakan anjuran bersama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong dan Lion Club of Sibu Loving Care.

Dalam pada itu, Tiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong turut meluangkan masa mengagihkan bubur lambuk, bubur kacang hijau serta kuih-muih kepada orang ramai.

Beliau turut ditemani Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng dan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee.

Selain aktiviti jualan, karnival tersebut turut melibatkan penyertaan agensi teknikal melalui pembukaan kaunter khidmat pelanggan oleh Syarikat SESCO Berhad (SESCO).

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JBPM agih 669 bubur lambuk, erat hubungan dengan komuniti Kota Padawan
Next: Sumbangan Aidilfitri ceriakan ribuan keluarga di Parlimen Tanjong Manis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.