Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Karim gesa pembangunan segera projek Pusat Peranginan Borneo Highlands
  • TEMPATAN

Karim gesa pembangunan segera projek Pusat Peranginan Borneo Highlands

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap kepada media mengenai keperluan mempercepatkan pembangunan projek Pusat Peranginan Borneo Highlands selepas menghadiri majlis Pelepasan D’drift di Pejabat Dayak Daily, hari ini.

KUCHING: Kerajaan negeri mahu melihat projek pembangunan Pusat Peranginan Borneo Highlands dilaksanakan segera bagi memastikan potensi pelancongan kawasan tanah tinggi itu tidak terlepas begitu sahaja.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sesuatu produk pelancongan perlu dibangunkan pada waktu yang sesuai kerana kelewatan boleh menyebabkan pelabur beralih ke destinasi lain.

“Dalam industri pelancongan, kita perlu bertindak ketika peluang masih terbuka. Jika ada produk yang berpotensi, kita mesti bangunkan dengan cepat. Kalau tunggu terlalu lama, pelabur yang sudah buat kajian pasaran akan beralih ke tempat lain.

“Kalau itu berlaku, kita akan kehilangan produk tersebut,” katanya pada sidang media pada sidang media selepas menghadiri program Pelepasan D’drift di Pejabat Dayak Daily, di sini, hari ini.

Menurutnya, Pusat Peranginan Borneo Highlands mempunyai kelebihan tersendiri kerana lokasinya yang hanya kira-kira setengah jam perjalanan dari Kuching, sekali gus berpotensi menjadi destinasi peranginan tanah tinggi pilihan bukan sahaja pelancong luar, malah penduduk tempatan.

“Kuching tidak mempunyai pusat peranginan tanah tinggi. Sebenarnya pasaran tempatan sahaja sudah mampu memenuhi tempat itu setiap hujung minggu.

“Satu minggu keluarga boleh bercuti di tepi laut, minggu berikutnya ke pusat peranginan tanah tinggi. Jaraknya dekat, jadi sangat sesuai,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa kecewa apabila projek tersebut dilihat tidak bergerak sebagaimana yang diharapkan walaupun telah lama dirancang.

Karim berkata, alasan kononnya masih terdapat kes undang-undang tidak seharusnya menjadi penghalang kerana keputusan mahkamah tertinggi telah pun dibuat.

“Mahkamah sudah membuat keputusan sehingga ke peringkat tertinggi. Tanah itu milik kerajaan negeri. Jadi bangunkanlah.

“Kalau ada pihak mendakwa bangunan tertentu bukan mengikut spesifikasi asal dan mereka kata bangunan itu milik mereka, maka ambillah semula bangunan itu. Runtuhkan jika perlu. Tetapi jangan jadikan alasan kononnya masih ada kes untuk melengahkan Pembangunan,” tegasnya.

Beliau yang juga berpengalaman dalam bidang guaman berkata, dari sudut prinsip undang-undang, apa sahaja yang berada di atas tanah adalah sebahagian daripada tanah tersebut dan tertakluk kepada pemilik berdaftar.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan bahawa kelewatan berterusan boleh menyebabkan minat pelabur semakin pudar.

“Pelabur berfikir seperti sektor korporat. Mereka melihat kepada masa dan pulangan. Jika terlalu lama, ‘mood’ itu akan hilang dan sudah terlambat,” katanya.

Mengulas cadangan menghidupkan semula pelancongan golf termasuk di kawasan berkenaan, Karim berkata kerajaan negeri terbuka untuk melihat lebih banyak kemudahan bertaraf tinggi dibangunkan sama ada di Borneo Highlands, Sematan atau lokasi lain yang berpotensi.

“Kita mahu ada pelbagai segmen pelancong, daripada pelancong beg galas hinggalah ke pasaran mewah termasuk pelancong perniagaan dan acara antarabangsa.

“Kita mahu Sarawak mempunyai destinasi bertaraf tinggi yang mampu menarik pelancong berbelanja besar dan tinggal lebih lama,” ujarnya.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DayakDaily, BE Sarawak teruskan inisiatif ‘Bless Rural Children with Your Books’ edisi kelima
Next: Abdul Karim: Tolak pertambahan kerusi DUN Sarawak ibarat tidak hormati kehendak rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.