Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Karate sapu empat emas di Brunei
  • SUKAN

Karate sapu empat emas di Brunei

Utusan Sarawak 7 hours ago
EMAS negara diperoleh menerusi C Shamalarani dalam acara kumite bawah 50 kilogram (kg) wanita, K S Thevendran Kaliana Sundram (bawah 55kg lelaki), Sureeya Shankar Hari Shankar (bawah 60kg lelaki) dan berpasukan lelaki.

KUALA LUMPUR:  Skuad negara meraih empat pingat emas dalam acara kumite pada Kejohanan Karate Asia Tenggara ke-12 yang berakhir semalam di Bandar Seri Begawan, Brunei.

Emas negara diperoleh menerusi C Shamalarani dalam acara kumite bawah 50 kilogram (kg) wanita, K S Thevendran Kaliana Sundram (bawah 55kg lelaki), Sureeya Shankar Hari Shankar (bawah 60kg lelaki) dan berpasukan lelaki.

Malaysia turut meraih tiga pingat gangsa menerusi Lovelle Anne dalam acara kata wanita, Mcroyce Donavan Dagol (kumite bawah 75kg lelaki) dan kata berpasukan lelaki.

Pemangku ketua jurulatih karate negara R Shamendran berpuas hati dengan persembahan dipamerkan kesemua atlet di kejohanan berkenaan meskipun pada awalnya tidak meletakkan sebarang sasaran bagi mengelakkan tekanan kepada atlet.

“Keseluruhan pencapaian atlet di kejohanan ini okey tapi saya rasa mereka boleh lakukan lebih baik lagi,” katanya kepada Bernama hari ini.– Bernama

Continue Reading

Previous: Aaron-Wooi Yik berpotensi rampas gelaran nombor satu dunia
Next: Kejohanan Memanah Terbuka Recurve, perkukuh sukan akar umbi di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.