Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kapit FA azam tebus kekalahan
  • SUKAN

Kapit FA azam tebus kekalahan

Utusan Sarawak 4 years ago
TINGKAT KECERGASAN … Pemain skuad Kapit FA sedang giat menjalani latihan sebagai persiapan menentang pasukan Sri Aman FA, 6 November ini di Stadium Mini Song.

SKUAD Kapit FA berazam mahu menebus kekalahan terhadap pasukan Sri Aman FA 0-1 pada pusingan pertama Mac lalu tetapi mengakui ia bukan tugas mudah walaupun beraksi di laman sendiri pada 6 November di Stadium Mini Song.

Dengan kempen Liga SSC-FAS 2021 sudah memasuki pusingan keduanya November ini, anak-anak buah bimbingan ketua jurulatihnya, Pendi Bohari itu merancang untuk mendapatkan keputusan baik di hadapan penyokong sendiri berikutan prestasi memberangsangkan mereka sejak dua kemenangan berturut-turut keatas pasukan Sarikei FA dan Sibu FA.

Pendi berkata pasukannya cukup bersemangat untuk mengulangi prestasi cemerlang ketika meratah Sarikei FA 3-0 dan Sibu FA 1-0 di gelanggang sendiri sebelum ini.

“Kita perlu menang menentang skuad Sri Aman FA, seperti sedia maklum pada aksi pertama lalu kita tewas dengan mereka (Sri Aman) 0-1, jadi kita mahu menebus kekecewaan itu di hadapan penyokong sendiri nanti.

“Pemain Kapit FA perlu memanfaatkan segala peluang yang dimiliki sekali gus meraih kemenangan berharga…Saya percaya pasukan kami mampu melakukannya,” katanya kepada Utusan Sarawak semalam.

Pendi berkata beliau optimis memastikan pasukannya tidak tergelincir dari landasan memburu tiket ke pentas ‘Grand Finale’ di Bintulu, Disember nanti.

Beliau menjelaskan, pemain-pemain Kapit FA telah mula menjalani latihan berpasukan sejak 18 Oktober lalu di Mini Stadium Song.

“Persiapan pasukan kami baharu bermula seminggu lalu, terdapat beberapa pemain baharu telah diserap masuk ke dalam pasukan.

“Saya harap sepanjang mereka bersama dalam latihan ini, komitmen dan persefahaman meningkat dalam usaha memperkasakan pasukan Kapit FA selepas hampir enam bulan liga ditunda sejak Mei lalu,” ujarnya.

Sementara itu, Pendi menjelaskan pihaknya sedang merancang untuk mengadakan dua aksi pemanas badan dalam masa terdekat sebelum menjelangnya perlawanan menentang Sri Aman, 6 November nanti.

“Dalam masa terdekat Kapit FA akan mengadakan dua aksi persahabatan menentang pasukan pilihan belia Kapit yang dibimbing oleh jurulatih mereoa, Gary Rungom.

“Saya percaya dua aksi pemanas badan ini akan membantu meningkatkan kualiti pasukan Kapit FA sebelum saingan Liga SSC-FAS bermula nanti,” katanya.

Dalam pada itu, skuad yang dikenali sebagai Borneo Lerpards itu kini unggul berada di kedudukan teratas kumpulan bagi Zon Tengah selepas mengutip enam mata daripada tiga perlawanan.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: SOKONGAN DIALU-ALUKAN
Next: CARI BAKAT PEMAIN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.