Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kapal tunda, tongkang cuba beroperasi secara haram ditahan
  • JENAYAH

Kapal tunda, tongkang cuba beroperasi secara haram ditahan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DITAHAN… Sebuah vesel tunda dan tongkang yang cuba beroperasi secara haram di perairan Kuala Baram, Miri, ditahan pihak berkuasa, semalam.

MIRI: Cubaan sebuah kapal tunda dan tongkang untuk beroperasi secara haram di perairan Kuala Baram digagalkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri, semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad, berkata kedua-dua kapal itu dikesan bergerak secara mencurigakan kira-kira 3.2 batu nautika dari barat daya Kuala Baram sebelum dipintas pasukan peronda dalam operasi bersepadu Op PERMAI 01/2019 dan Op TIRIS 3.0 sekitar 12.30 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan mendapati kru kapal bukan sahaja membawa muatan yang tidak dibenarkan, malah gagal mengemukakan sebarang dokumen pelesenan yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, vesel tunda berkenaan membawa lapan kru termasuk nakhoda, terdiri daripada empat warga tempatan, dua warga Myanmar dan dua warga Indonesia, berumur antara 23 hingga 49 tahun.

“Kesemua mereka telah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 atas kesalahan membawa muatan tanpa kebenaran serta kegagalan mengemukakan Lesen Perkapalan Dalam Negeri.

Maritim Malaysia akan terus mempertingkat rondaan dan penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti jenayah maritim serta pelanggaran undang-undang di perairan negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan di laut boleh menghubungi Hotline Maritim Malaysia Zon Miri di talian 085-649111, Maritim Negeri Sarawak di 082-432544 / 082-432016 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Imigresen tahan 16 individu disyaki terlibat tawar khidmat pelacuran
Next: Warga emas maut terkena tembakan senapang buatan sendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.