Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kapal tunda ditahan di Mukah
  • JENAYAH

Kapal tunda ditahan di Mukah

Utusan Sarawak 17 hours ago
DITAHAN…Kapal tunda nelayan tempatan ditahan kerana melanggar syarat sah lesen apabila didapati menangkap ikan di kawasan larangan di sekitar perairan Mukah. Foto APMM Bintulu

BINTULU: Kapal tunda nelayan tempatan ditahan kerana melanggar syarat sah lesen apabila didapati menangkap ikan di kawasan larangan iaitu di kedudukan 5.1 batu nautika barat laut muara Kuala Mukah, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, terdahulu bot peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang terlibat dengan Op Bersepadu  dengan Jabatan Perikanan (DOF) Sarawak  iaitu Op Mardof 1/2025 telah melakukan pemeriksaan terhadap bot nelayan berwarna biru yang sedang menangkap ikan di sekitar perairan Mukah.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, kapal tunda tersebut dikendalikan oleh empat kru termasuk nakhoda warga tempatan dalam lingkungan umur 46 hingga 70 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati vesel nelayan itu telah melakukan aktiviti menangkap ikan di luar zon yang telah ditetapkan seperti termaktub dalam buku lesen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kapal tunda berserta kru diiring masuk ke Jeti Pangkalan MC Mukah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Jabatan Perikanan Laut Sarawak untuk tindakan lanjut.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 8(b), Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat
sah lesen, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda atau penjara,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Syabu RM224,000 dirampas, polis tumpas ‘Transporter’ sindiket dadah ke Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.