Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kapal tunda ditahan APMM di perairan Tanjung Manis
  • JENAYAH

Kapal tunda ditahan APMM di perairan Tanjung Manis

Utusan Sarawak 9 hours ago
DITAHAN….Kesemua kru ditahan dan dibawa ke jeti Terminal Tanjung Manis untuk siasatan dan tindakan lanjut. Foto APMM Tanjung Manis 

TANJUNG MANIS: Tindakan tegas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus membuahkan hasil apabila sebuah kapal tunda bersama tongkang telah ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di perairan Tanjung Manis pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mahkos Juing berkata tangkapan itu adalah hasil rondaan dan pemantauan berterusan oleh aset APMM yang giat mengawal keselamatan perairan negara daripada sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kapal tunda tersebut beroperasi dengan lesen yang telah tamat tempoh serta membawa kru warga asing tanpa permit sah, selain didapati menggunakan tenaga kerja asing semasa pelayaran yang jelas menyalahi peraturan sedia ada,” katanya

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, hari ini. 

Tambahnya, ketika pemeriksaan dilakukan terdapat enam individu berada atas kedua-dua aset tersebut terdiri daripada dua kru warga tempatan, tiga warga India dan seorang warga Myanmar, berumur antara 21 hingga 65 tahun.

“Kesemua kru serta kapal dan tongkang terbabit telah ditahan dan dibawa ke jeti Terminal Tanjung Manis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Kes kini disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang iaitu Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, Boat Rules 1953 dan Akta Imigresen 1959/63.

“APMM menggesa orang ramai agar terus menyalurkan sebarang maklumat atas aduan berkaitan aktiviti mencurigakan atau insiden kecemasan di laut melalui Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Tanjung Manis di talian 011-35727765 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera,” katanya. 

Katanya, APMM komited mengekang sebarang pelanggaran undang-undang maritim demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan negara terus terpelihara.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua warga asing disyaki edar dadah ditahan di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.