Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kapal tunda ditahan APMM di perairan Miri
  • JENAYAH

Kapal tunda ditahan APMM di perairan Miri

Utusan Sarawak 14 hours ago

DITAHAN.. Sepuluh kru sebuah kapal tunda ditahan untuk tindakan lanjut. Foto APMM Miri

MIRI: Gagal mengemukakan pas pelepasan pelabuhan dan senarai pertukaran kru kapal semasa diperiksa, sebuah kapal tunda ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Miri, pagi tadi.

Kapal tunda  tersebut ditahan pada kedudukan lebih kurang 5.2 batu nautika barat muara Sungai Miri.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar  Saad berkata, vesel tunda berkenaan ditahan pasukan bot ronda APMM ketika melaksanakan OP PERMAI 01/2019, OP NAGA TIMUR dan OP TIRIS 3.0 sekitar 11.20 pagi tadi.

“Kapal tunda tersebut bersama 10  kru termasuk nakhoda terdiri daripada tiga warga tempatan, lima warga Indonesia dan dua warga Myanmar berusia lingkungan  20 hingga 63 tahun telah ditahan pada posisi 04 24.90U 113 54.52T,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

DITAHAN…Sebuah kapal tunda ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri kerana gagal mengemukakan pas pelepasan pelabuhan dan senarai pertukaran kru kapal semasa diperiksa, pagi tadi. Foto APMM Miri


Seterusnya, katanya, tiga kru kapal diiring ke Jeti Kompleks Zon Maritim Miri untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana gagal mengemukakan pas pelepasan pelabuhan dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana gagal mengemukakan senarai pertukaran kru kapal semasa diperiksa oleh pegawai agensi,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Khairol berkata,  APMM sentiasa komited dalam melaksanakan rondaan dan pemantauan bagi mencegah sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan jenayah maritim di sepanjang perairan Malaysia.

Beliau berkata,  sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkan ke Pusat Operasi Maritim (PUSOP) Zon Maritim Miri di talian 085-649 111 atau Maritim Negeri Sarawak (082-432544/082-432016) atau melalui talian bantuan kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Laporan polis temu bual keluarga Pamela Ling adalah palsu  
Next: Illegal frozen meat seized in Marine Police raid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.