Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • KAPAL TERBALIK seorang maut, 12 hilang
  • GLOBAL

KAPAL TERBALIK seorang maut, 12 hilang

Utusan Sarawak 4 years ago
TERBALIK… Sebuah kapal pengangkut komersial terbalik di Teluk Mexico akibat ribut kuat di perairan di selatan New Orleans, Amerika Syarikat.

WASHINGTON: Seorang maut dan 12 lagi hilang setelah kapal pengangkut komersial terbalik di Teluk Mexico tidak jauh dari pantai Louisiana, kata Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) pada Rabu lalu.

Kapal Pengawal Pantai dan sekumpulan kapal sukarelawan dikerahkan untuk mencari mangsa yang selamat setelah Seacor Power terbalik pada Selasa dalam ribut kuat yang tidak dijangka berdekatan Port Fourchon, kira-kira 160 kilometer di selatan New Orleans.

Kapten Pengawal Pantai, Will Watson mengatakan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasaan dari kapal sebelum 4.30 petang, Selasa lalu.

“Kami telah menyelamatkan enam yang terselamat daripada 19 kru,” kata Watson pada sidang media.

Pada mulanya, Pengawal Pantai mengatakan kapal itu mempunyai kru 18 orang.

“Mayat individu ketujuh ditemui dan ditarik dari laut.Usaha mencari diteruskan untuk mencari baki 12 yang lain.

“Kami mencari di kawasan berdekatan dengan sumber yang ada untuk membantu misi penyelamatan,” ujar Watson.

Seacor Power adalah kapal pengangkut komersial seluas 129 kaki (39.3 meter), kata pengawal pantai.

Kapal pengangkut adalah tongkang dengan geladak rata besar dengan kaki gergasi melekat dan digunakan dalam operasi minyak dan gas luar pesisir.

Semasa dalam perjalanan, kapal pengangkut membawa kaki mereka di udara, dan setelah sampai ke tempat tujuan, kaki didorong ke dasar laut dan dek rata dinaikkan dari permukaan air. -AFP

Continue Reading

Previous: Kanada sekat eksport senjata ke sekutu Turki
Next: AS batal penempatan dua kapal perang di Laut Hitam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.