Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Cubaan seludup diesel bernilai RM300,000 tumpas
  • JENAYAH

Cubaan seludup diesel bernilai RM300,000 tumpas

Utusan Sarawak 2 years ago

DISITA... Kapal tangki yang membawa muatan 120,000 liter minyak ditahan enam batu nautika dari barat laut Kuala Baram sekitar 12.00 tengah hari, semalam.

MIRI:  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan sebuah kapal tangki minyak menyeludup diesel dengan anggaran nilai berjumlah RM300,000 di perairan Miri, malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Miri Kepten Maritim Mohd Shafie Paing berkata, kapal tangki yang membawa muatan 120,000 liter minyak ditahan enam batu nautika dari barat laut Kuala Baram sekitar 12.00 tengah hari.

“Kapal dikendalikan oleh sembilan kru termasuk tekong kesemuanya adalah warganegara tempatan yang berumur 21 hingga 66 tahun, didapati belayar dari perairan Baram menuju ke Miri sebelum ditahan oleh Maritim Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di Miri, malam tadi.

Mohd Shafie berkata, hasil pemeriksaan mendapati  kapal tersebut disyaki melakukan beberapa kesalahan.

Antaranya, kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, kerana vesel membawa lebih muatan  dan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana kerana tiada dokumen Surat Control Supplies Act (CSA).

Jelasnya lagi, kapal yang membawa diesel beranggaran 120,000 liter itu juga disyaki tiada Sijil Petroleum Development Act (PDA), serta disyaki membawa minyak diesel melebihi kuantiti yang dibenarkan di dalam Borang C semasa diperiksa.

Kesemua kru dan kapal serta rampasan diiring masuk ke Jeti Pusat Tahanan Vesel (PTV), Zon Maritim Miri untuk siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat.

Kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, serta Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta bagi individu perseorangan, atau RM2 juta bagi pertubuhan perbadanan dan penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Cubaan seludup 600 liter diesel bersubsidi tumpas
Next: Pembalakan Haram: Pengurus, syarikat kilang papan kayu didenda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.