Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kapal ‘Pilgrim’ lambang persahabatan Rusia-Sarawak, Jaziri cadang bina replika di Sarawak
  • SEMASA

Kapal ‘Pilgrim’ lambang persahabatan Rusia-Sarawak, Jaziri cadang bina replika di Sarawak

Utusan Sarawak 3 hours ago
KAPAL layar kayu bersejarah dari Rusia, Lodya Pilgrim yang terkandas di perairan Mukah tahun lalu kini telahpun meneruskan pelayarannya merentasi Selat Melaka. Foto: Jaziri Alkaf Abdillah Suffian

KUCHING: Kisah kapal layar kayu bersejarah dari Rusia, Lodya Pilgrim, yang terkandas di perairan Mukah tahun lalu kini perlu diangkat sebagai simbol diplomasi budaya serta kerjasama erat antara Sarawak dan Persekutuan Rusia.

Bekas Senator Parlimen Malaysia, Jaziri Alkaf Abdillah Suffian dalam satu kenyataan menyifatkan kehadiran kapal tersebut bukan sekadar episod pelayaran, sebaliknya memperlihatkan hubungan kemanusiaan dan persahabatan yang terjalin merentas sempadan melalui warisan maritim bersama.

Menurut beliau, Pilgrim merupakan replika kapal kayu Laut Putih dari abad ke-16 hingga ke-18 yang dibina di Petrozavodsk, Rusia, dan telah memulakan pelayaran dunia sejak 2017 di bawah pimpinan Kapten Sergey Sinelnik.

Sepanjang pelayaran itu, kapal berkenaan telah mengunjungi 21 negara, merentasi lebih 23,000 batu nautika serta berfungsi sebagai “muzium terapung” yang mempamerkan seni bina dan teknologi pembinaan kapal kayu tradisional Rusia.

Bagaimanapun, pelayaran bersejarah itu diuji apabila Pilgrim mengalami kerosakan teruk pada lambung selepas melanggar batu di Sungai Oya, Mukah, sekali gus memaksa kapal tersebut terkandas di Sarawak.

Jaziri berkata, hasil perbincangan bersama Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib, serta sokongan masyarakat setempat, usaha membaik pulih kapal itu berjaya dilaksanakan melalui sumbangan derma dan kepakaran tukang bot tempatan.

Beliau menegaskan kejayaan membaiki Pilgrim membuktikan keupayaan dan kemahiran tinggi tukang kayu Sarawak yang diwarisi turun-temurun, selari dengan identiti negeri yang sinonim dengan budaya pelayaran dan pembinaan bot.

Susulan impak positif tersebut, Jaziri turut mencadangkan agar Sarawak mempertimbangkan pembinaan replika kapal Pilgrim sebagai tarikan pelancongan budaya, simbol diplomasi berterusan serta platform pertukaran kepakaran maritim antara Malaysia dan Rusia.

Walaupun Pilgrim kini telah meneruskan pelayaran merentasi Selat Melaka, beliau menegaskan ikatan yang terjalin di Mukah akan kekal sebagai bukti bahawa laut bukan pemisah, sebaliknya menjadi laluan kepada persefahaman dan persahabatan sejagat.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak terus dikenali di persada dunia hasil kepimpinan Premier Sarawak
Next: Pemuda PRS gesa PDA 1974 dibahas di DUN Sarawak demi kejelasan tadbir urus minyak, gas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.