Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kapal persiaran mega buatan China terima 600,000 pelancong
  • GLOBAL

Kapal persiaran mega buatan China terima 600,000 pelancong

Utusan Sarawak 5 months ago

Kapal Adora Magic City

SHANGHAI: Kapal persiaran mega pertama China, Adora Magic City telah menyelesaikan 84 pelayaran dan menerima 600,000 pelancong pada tahun pertama operasi komersialnya, menurut Kastam Shanghai, lapor Xinhua.

Kapal itu memulakan pelayaran sulungnya pada 1 Januari dan mendapat sambutan hangat daripada pelancong, merangkumi 40 peratus pasaran pelayaran antarabangsa China pada 2024.

Lebih 3,000 penumpang menaiki kapal yang berlabuh di Shanghai Wusongkou International Cruise Terminal pada Ahad untuk pelayaran Tahun Baharu selama enam hari.

Kapal persiaran sepanjang 323.6 meter itu mempunyai jumlah berat kasar 135,500 tan dan boleh memuatkan sehingga 5,246 penumpang di 2,125 bilik tetamu.

Lebih 1,000 pengilang domestik dan asing terlibat dalam pembinaan Adora Magic City.

Sementara itu, kapal persiaran mega kedua buatan tempatan  dijangka siap pada akhir 2026 dan akan memulakan pelayaran antarabangsa dari Guangzhou pada 2027.

— BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: China perkenal prototaip kereta api terpantas di dunia
Next: Nahas pesawat Jeju Air: Apa yang kita tahu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.