Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kapal persiaran Adora Mediterranea mulakan pelayaran sulung ke Asia Tenggara
  • GLOBAL

Kapal persiaran Adora Mediterranea mulakan pelayaran sulung ke Asia Tenggara

Utusan Sarawak 1 day ago
ADORA Mediterranea belayar sulung dari Guangzhou ke Asia Tenggara, singgah Vietnam, Malaysia dan Brunei.

GUANGZHOU: Kapal persiaran Adora Mediterranea memulakan pelayaran sulungnya dari Pelabuhan Induk Kapal Persiaran Antarabangsa Nansha Guangzhou ke Asia Tenggara pada Rabu.

Kapal kendalian syarikat kapal persiaran China, Adora Cruises itu dijadual singgah di Vietnam, Malaysia dan Brunei dalam pelayaran selama sembilan hari lapan malam.

Menurut Adora Cruises, para pelancong berpeluang melawat beberapa destinasi pelancongan terkenal di ketiga-tiga negara itu, termasuk Nha Trang, Kota Kinabalu dan Muara bagi menikmati keindahan alam semula jadi serta kepelbagaian budaya di Asia Tenggara.

Pelayaran sulung itu mendapat sambutan amat menggalakkan dengan membawa lebih 2,200 penumpang, iaitu hampir mencapai kapasiti penuh kapal berkenaan. – Bernama-CMG

Continue Reading

Previous: 4 maut, 23 cedera dalam kemalangan bas di Nepal
Next: Penemuan fosil di Maghribi bongkar asal-usul homo sapiens di Afrika

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.