Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kapal persiar mewah Bayesian dinaikkan dari laut Mediterranean
  • GLOBAL

Kapal persiar mewah Bayesian dinaikkan dari laut Mediterranean

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR ini diambil pada 22 Jun 2025 di Termini Imerese menunjukkan kapal kren ‘Hebo Lift 10’ sedang mengangkat bangkai kapal layar mewah ‘Bayesian’ yang karam di perairan Sicily pada 22 Ogos 2024 berhampiran Porticello, dekat Palermo.
Foto AFP

ROME: Kapal pesiar mewah Bayesian akhirnya dinaikkan dari dasar laut berhampiran pulau Mediterranean Itali, Sicily pada Sabtu, 10 bulan selepas ia karam dalam ribut, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Pada Ahad, bangkai kapal itu akan dibawa ke Pelabuhan Termini Imerese untuk membolehkan siasatan pihak pendakwa raya dan laporan pakar diteruskan.

Operasi rumit itu diselaraskan oleh pengawal pantai tempatan di perairan berhampiran Bandar Porticello, timur laut Palermo. Dengan bantuan kren khas, kapal pesiar sepanjang 56 meter itu diangkat dari kedalaman kira-kira 50 meter sebelum air dipam keluar dan ia distabilkan.

Kapal pesiar yang sebelum ini diisytiharkan sebagai tidak boleh karam itu terbalik ketika ribut pada Ogos tahun lepas. Tujuh orang maut, termasuk pemiliknya – bilionair perisian Britain Mike Lynch – dan anak perempuannya yang berusia 18 tahun.

Menurut satu siasatan dari Britain, Bayesian tidak direka untuk menghadapi keadaan cuaca ekstrem dengan kelajuan angin sehingga 130 kilometer sejam.

Sejak operasi penyelamatan dimulakan, dron dengan penderia inframerah dan bot peronda memantau kawasan itu bagi mengesan kemungkinan bahaya alam sekitar, termasuk daripada 18,000 liter bahan api yang masih berada dalam bangkai kapal mengikut anggaran pihak berkuasa.

Pejabat Pendakwa Raya Itali turut berada di lokasi bagi mengumpul bukti, mendokumentasikan sebarang kecacatan binaan dan menjelaskan punca nahas.

Setakat ini, siasatan dijalankan berhubung kemungkinan pelanggaran tanggungjawab oleh kapten dari New Zealand dan dua anak kapal yang didakwa mengabaikan amaran ribut dan menyelamatkan diri sendiri serta meninggalkan penumpang. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gunung berapi Shinmoedake di Jepun meletus
Next: Tesla mula tawar perkhidmatan teksi tanpa pemandu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.