Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kapal Malaysia pertama lepasi Selat Hormuz
  • NASIONAL

Kapal Malaysia pertama lepasi Selat Hormuz

Utusan Sarawak 8 hours ago
KAPAL Malaysia pertama lepasi Selat Hormuz

KUALA LUMPUR: Kapal Malaysia pertama telah melepasi Selat Hormuz, menurut Kedutaan Iran di sini.

“Kami telah mengatakan bahawa Republik Islam Iran tidak akan melupakan rakan-rakannya. Kapal Malaysia pertama yang telah melalui Selat Hormuz.” menurut hantaran kedutaan itu pada akaun rasminya di X.

Hantaran itu disertakan dengan gambar sebuah kapal, namun tiada butiran lanjut diberikan.

Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian telah membolehkan Malaysia mendapatkan pelepasan bagi tujuh kapal Malaysia yang terkandas di Selat Hormuz untuk meneruskan perjalanan mereka.

“Saya maklumkan kepada Presiden Iran bahawa kapal kami masih terkandas di Selat Hormuz dan ini penting untuk keperluan rakyat dan bekalan minyak negara.

“Sejurus selepas panggilan itu, beliau mengarahkan kapal Malaysia diberi laluan,” katanya pada majlis pelancaran Kolej Vokasional Pengerang di SMK Tanjung Pengelih di Pengerang, Johor. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Sabah bakal miliki hospital IJN, perkukuh akses rawatan kesihatan jantung
Next: Penjawat awam digalakkan pakai batik setiap hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.