Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kapal Doulos Hope singgah di pelabuhan Labuan 7-29 Julai
  • SEMASA

Kapal Doulos Hope singgah di pelabuhan Labuan 7-29 Julai

Utusan Sarawak 3 days ago
MV Doulos Hope yang dikendalikan GBA Ships, terkenal sebagai antara pesta buku terapung bergerak terbesar di dunia.

LABUAN: MV Doulos Hope, kapal yang terkenal dengan pesta buku terapung akan singgah di Pelabuhan Labuan selama 23 hari bermula 7 hingga 29 Julai ini.

Ia sebahagian daripada pelayaran kapal itu di Asia Tenggara selepas singgah di Magong, Taiwan sebelum meneruskan perjalanan ke bandar Puerto Princesa, Filipina.

MV Doulos Hope yang dikendalikan GBA Ships, terkenal sebagai antara pesta buku terapung bergerak terbesar di dunia.

Di atas kapal itu, pengunjung berpeluang memilih ribuan judul buku termasuk buku kanak-kanak, karya akademik dan kesusasteraan dunia yang dijual pada harga mampu milik.

Tarikan budaya yang unik ini bermatlamat menggalakkan minat membaca, pendidikan, serta meningkatkan pemahaman antara budaya melalui jelajah seluruh dunia.

Pengendali Pelabuhan Labuan iaitu Megah Port Management Sdn Bhd mengesahkan ketibaan kapal berkenaan dengan Pengarah Urusannya Datuk Seri Patrick Tiong menyatakan tempoh berlabuh yang panjang dijangka membawa kesan positif terhadap sektor ekonomi dan pelancongan di pulau ini.

Menurut ejen pengendali MV Doulos Hope, orang ramai perlu membuat tempahan untuk menaiki kapal terbabit dan berikutan kapasiti terhad, pengunjung digalak membuat tempahan secara dalam talian lebih awal manakala protokol keselamatan dan slot kemasukan mengikut jadual akan dilaksanakan bagi mengawal aliran pengunjung.

MV Doulos Hope, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif maritim jangka panjang oleh GBA Ships yang berpangkalan di Jerman, meneruskan inisiatif yang telah dimulakan oleh kapal sebelumnya, MV Logos Hope.

Misi kapal ini adalah memanfaatkan komuniti menerusi pengetahuan, bantuan, dan harapan yang bukannya semata-mata menyediakan buku, tetapi juga persembahan budaya, pameran interaktif serta aktiviti penglibatan bersama komuniti tempatan.

Labuan dan Kota Kinabalu (20 Ogos-10 September) akan menjadi lokasi persinggahan kapal ini di Malaysia tahun ini, sekali gus menjadikan peluang berkenaan amat istimewa untuk pencinta buku, keluarga, pendidik dan pelancong.

Maklumat lanjut berkaitan cara tempahan dan jadual lengkap aktiviti di atas kapal akan diumumkan pada awal Jun ini melalui platform ejen kapal terbabit.– Bernama

Continue Reading

Previous: Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Limbang Jun ini
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Jawatankuasa Sambutan Gawai 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.