Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kapal didakwa milik syarikat Israel sudah bertukar hak milik – Loke
  • NASIONAL

Kapal didakwa milik syarikat Israel sudah bertukar hak milik – Loke

Utusan Sarawak 1 year ago
MENTERI Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook melawat di sekitar reruai pameran pada Malaysia Commercial Vehicle Expo (MCVE) 2024 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), hari ini. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini menjelaskan bahawa kapal yang didakwa milik syarikat Israel dan menggunakan pelabuhan di negara ini sebenarnya sudah bertukar hak milik kepada sebuah syarikat lain berpangkalan di Hong Kong.

Beliau menegaskan pihaknya telah membuat pemeriksaan serta siasatan dan mendapati kapal terbabit didaftarkan di bawah ZIM Rotterdam sebelum ini.

“Tetapi mereka telah bertukar tangan dan kapal itu sekarang namanya ialah MV Rotterdam dan pemilikan kapal itu bukan ZIM Rotterdam tetapi di bawah syarikat GoldStar Line.

“Dasar kita ialah kita tetapkan dengan tegas syarikat perkapalan ZIM Rotterdam tak dibenarkan berlabuh di Malaysia, tetapi apabila kapal itu telah bertukar tangan milik syarikat lain, kita tak boleh menghalang (menggunakan pelabuhan dalam negara) kerana kita negara perdagangan,” katanya kepada media selepas Majlis Erat Kasih MADANI dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Sebelum ini, laporan sebuah portal tempatan mendakwa kapal kargo milik syarikat Israel dikesan berlepas dari Malaysia minggu lepas, kurang lima bulan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan semua kapal milik rejim Zionis itu dilarang menggunakan pelabuhan di negara ini sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Pada 20 Dis lepas, kerajaan Malaysia memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel berlabuh di negara ini berkuat kuasa serta-merta.

Pada masa sama, Anwar dilapor berkata, kerajaan juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia. – Bernama

Continue Reading

Previous: KKM keluar kenyataan berkaitan AstraZeneca dalam masa terdekat
Next: Masyarakat diminta lapor kanak-kanak miskin – Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.