Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Kang Min Kyung amal makan sekali sehari selama 10 tahun
  • HIBURAN

Kang Min Kyung amal makan sekali sehari selama 10 tahun

Utusan Sarawak 8 hours ago
KANG Min Kyung, mendedahkan rutin penjagaan dirinya yang diamalkan sejak sedekad lalu demi mengekalkan bentuk badan ideal dan penampilan awet muda.

SEOUL: Penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Kang Min Kyung, mendedahkan rutin penjagaan dirinya yang diamalkan sejak sedekad lalu demi mengekalkan bentuk badan ideal dan penampilan awet muda.

Anggota kumpulan duo terkenal Davichi itu berkata, dia hanya mengambil satu hidangan utama setiap hari sejak 10 tahun lalu.

“Sejak kebelakangan ini saya kerap muncul di hadapan kamera, jadi saya perlu lebih berdisiplin. Setiap hari, saya hanya makan sekali saja,” katanya.

Bagaimanapun, Min Kyung menegaskan dia tidak berlapar sepanjang hari, sebaliknya hanya mengambil snek ringan seperti pisang, ubi keledek dan kopi pada siang hari, sebelum menikmati apa sahaja hidangan pada waktu malam.

Perkongsian itu dibuat menerusi video terbaharu di saluran YouTube miliknya pada Selasa, bertajuk ‘Wanita yang hanya makan sehari selama 10 tahun’.

Menurutnya, amalan itu datang dengan kelebihan dan kekurangan.

“Kelebihannya, anda akan betul-betul menghargai makanan. Rasanya sangat sedap bila akhirnya dapat makan.

“Cuma kelemahannya, bila terlalu lapar, saya akan makan dengan gelojoh — kadang-kadang sampai rasa lupa diri,” katanya.

Min Kyung sebelum ini sering dipuji kerana penampilannya yang ramping dan kelihatan muda daripada usia sebenar. – Agensi

Continue Reading

Previous: Siti Nurhaliza raikan 3 dekad dalam seni dengan konsert Legacy 30
Next: Akmal Ahmad hayati watak ‘Kelabu’ Basir dalam teater Sungai Mengalir Lesu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.