Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kanak-kanak terkunci dalam kereta diselamatkan APM Saratok
  • TEMPATAN

Kanak-kanak terkunci dalam kereta diselamatkan APM Saratok

Utusan Sarawak 10 hours ago
ANGGOTA APM berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terkunci di dalam sebuah kenderaan dalam kejadian di Taman Seroja Indah, dekat sini semalam. Foto: APM Saratok

SARATOK: Tindakan pantas anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terkunci di dalam sebuah kenderaan dalam kejadian mencemaskan di Taman Seroja Indah, dekat sini semalam.

Menurut kenyataan media APM Daerah Saratok, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden melibatkan kunci yang tertinggal di dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza.

Sejurus menerima maklumat, sepasukan anggota APM digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

ANGGOTA APM berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terkunci di dalam sebuah kenderaan dalam kejadian di Taman Seroja Indah, dekat sini semalam. Foto: APM Saratok

Setibanya di tempat kejadian, anggota mendapati seorang kanak-kanak berusia satu tahun berada di dalam kenderaan yang berkunci, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatannya.

Tanpa berlengah, pasukan APM Saratok segera bertindak dengan menggunakan peralatan khas dikenali sebagai alat pam kunci pintu kereta bagi membuka pintu kenderaan tersebut. Operasi tersebut berjaya dilaksanakan dalam tempoh beberapa minit sahaja hasil kecekapan dan kepakaran anggota yang terlibat.

Kanak-kanak berkenaan berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan, sekali gus melegakan ahli keluarga yang berada di lokasi.

ANGGOTA APM berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terkunci di dalam sebuah kenderaan dalam kejadian di Taman Seroja Indah, dekat sini semalam. Foto: APM Saratok

Dalam pada itu, APM Saratok menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memastikan kunci kenderaan dibawa bersama sebelum mengunci pintu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang.

Orang ramai yang berdepan sebarang kecemasan boleh menghubungi APM Saratok di talian 083-436094 atau talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan segera.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: ADUN Kota Sentosa serah dua projek RTP,  tingkatkan kemudahan rakyat
Next: Penglibatan Bumiputera berimpak tinggi jadi fokus baharu ekonomi Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.