Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kanak-kanak lima tahun maut didera, suami isteri ditahan
  • JENAYAH

Kanak-kanak lima tahun maut didera, suami isteri ditahan

Utusan Sarawak 11 months ago
MAHKAMAH Majistret hari ini membenarkan reman enam hari sehingga 16 Jun terhadap pasangan suami isteri yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun sehingga maut dalam kejadian di Taman Malkop semalam. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret S. Punitha terhadap seorang wanita berusia 27 tahun dan lelaki berusia 66 tahun terbabit. Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataan berkata pihaknya menerima laporan sekitar 9.45 pagi semalam selepas kanak-kanak terbabit dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun disahkan meninggal dunia selepas itu. Menurutnya mangsa merupakan anak angkat kepada pasangan suami isteri terbabit, selain terdapat kesan pukul pada seluruh anggota badan mangsa menggunakan objek tumpul dan luka akibat koyakan pada bahagian saluran peranakan serta dubur. FotoBERNAMA

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun maut disyaki akibat didera dalam kejadian di Taman Malkop di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima laporan sekitar 9.45 pagi semalam selepas kanak-kanak tersebut dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun disahkan meninggal dunia selepas itu.

“Mangsa dipercayai merupakan anak angkat kepada seorang wanita berusia 27 tahun dan lelaki (66 tahun) yang telah diberkas semalam, suspek merupakan pasangan suami isteri,” katanya dalam kenyataan di sini, pagi ini. 

Beliau berkata terdapat kesan pukul pada seluruh anggota badan mangsa menggunakan objek tumpul selain luka akibat koyakan pada bahagian saluran peranakan serta dubur. 

Abang Zainal berkata pihaknya akan membuat permohonan reman melibatkan kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Ipoh pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat.

“Sehubungan itu, pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Norazlina Rais Ahmad di talian 013-6282176 atau tampil ke mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Maritim tahan dua bot tunda, tongkang bersama 11 kru di Tanjung Jerijeh
Next: Sebutan semula kes suami isteri bekal senjata api kepada warga Israel 11 Julai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.